Header

Tuesday, December 05, 2017

Dokumentari Trip to Honolulu, Oahu Island, Hawaii, United States of America - Part 1: The Arrival.

Mak datok!

Lama gila dah tak buat karangan kat blog ni kahkah
Siap dah terlupa camna nak compose new post!
.

Seperti biasa, meh kami nak cerita pengalaman kami 1st time jejak kaki ke Honolulu, Hawaii.
Kami dapat grab tiket masa launching flight KL - Honolulu by Airasia aritu..
Boleh tahan gak lah murahnya.. total utk 2 orang complete tax, luggage 40kg and makan, dalam rm3k.
Last kami check lepas dah habis promo tu total dalam rm7k kahkahkah jimat den..
.


Hawaii adalah sebuah negeri dalam USA, so wajib rakyat Malaysia untuk mohon visa lawatan.
Tak silap dalam 160USD lebih kurang rm700 (ikut tukaran semasa).
Tak susah mana nak apply.. gi isi borang online, buat payment (juga online) kemudian set date utk temuduga di Kedutaan America di depan Tabung Haji tu.

Boleh refer kat website http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-visaapply.asp
.

Kami bertolak pada 4 December jam 1415hrs.
Terus aku call Abang Teksi Mata Coklat Kulit Coklat si Said Azlan.
Korang boleh juga tempah servis teksi dia, call 01121287842

Brown Cab Brown Eyes - 01121287842

Dalam jam 12pm maka sampailah kami ke Departure Hall KLIA2.
Untuk penerbangan D7 tak boleh web checkin due to security reason..
Memang nak masuk USA ni banyak cekadak kahkahkah


So advisable korang standby mai awal kat KLIA2 utk urusan checkin segala macam.

Settle checkin kami pun lepak² kat boarding area..
Makan-makan dulu dating-dating lagi...





On the way boarding area tu, nak dijadikan cerita, kasut boot Clark yang aku beli kat London (nak jugak mention beli kat mana khannnnn! kahkah) tetiba boleh buat perangai..
Setelah beberapa tahun bersemadi kat rak kasut (sebab tak pakai hahah) tetiba bila nak pakai je dia boleh plak terkopek tapak dia! grrrr saboo je lah...
Masa kat rumah taknak pulak dia terkopek.. dah sampai airport baru nak terkopek.
Gigih la beli selipar jepun wakkakakaa


Rilek je aku gi Hawaii, pakai selipar jepun kahkahkah

Mentang-mentanglah flight kene transit kat Osaka Jepun, perghhh amik mood dengan pakai selipar Jepun lah!
.

Flight ke Honolulu kena transit kat Kansai Osaka Jepun dulu.
From KL to Kansai dalam 5.5 jam gitu...

Bosan gak lah kahkahkah



Touchdown Kansai, terus masuk ke security check utk passanger International Transfer..
Lepak pulak lagi 2 jam tunggu boarding semula ke Honolulu..

Sementara menunggu tu, sempat lah one puff two puff dalam bilik penuh kenikmatan ni:




kahkahkah smoking room lerr apa lagi..
then, lepak minom² kopi...
Tapi sini tak accept USD.. just acept Yen Jepun je..
So korang kalau takde Yen leh swipe kad kredit haha

Senyum kemewek dia...
No wonder lah sebab kat airport kansai ada kedai camni... hmmmm
dan juga camni.. hmmm lagi....
On wifi free and check Fb.. eh silap.. cek hal keje kahkahkah
.


Cukup 2 jam lepak, maka bermulalah kembali pengembaraan udara..
From Osaka to honolulu pulak amik masa 7 jam..

Kematu lah bontot kau kahkahkah

Kami tidur je yang banyaknya sebab nanti touchdown Hawaii sana jam 12pm dan masih lagi 4 December..
Cewah terasa muda sehari woihhhh
.






Setelah 7 jam atas langit...
maka sampai jugak akhurnya kami ke Hawaii, USA atau lebih tepat ke kepulauan Oahu!

Best! Hilang penat tetiba kahkahkah.. terbayang semangat Honeymoon haha aumm
.

Sampai ke Security and Custom check, ada sedikit masalah ngan nama aku..
Entah pasal depa tak bagi lepas.. visa semua complete... Agaknya sebab aku kacak sangat kot kahkah
MV kita dah ok elok je lepas..

Aku kena panggil masuk menghadap ke opis security depa,,
Soal jawap itu ini..
Kerja apa.. aku cakaplah aku berniaga party shop Glowing Party House, sebuah kedai barangan party dan belon yang tersohor kat Malaysia tu.. sempat jugak aku promote kat pegawai sana kahkahkah

Dekat 2 jam gak depa tahan aku.. tapi dont worry kita nothing to hide, depa tanya kita jawap leklok..
Depa jalankan tugas je.. its ok.
.

Lepas kene interview ngn security USA, yang aku anggap macam wartawan interview artis je hhahaha terus aku dapatkan isteri aku MV dah tunggu aku kat luggage..
Macam drama hindustan kami berpelukan dari jauh dah berlari mendepangkan tangan airmata bercucuran syukur dapat disatukan semula.

ok tipu je.. kami cool jek wakakkaka
.

Dek kerana dah terdelay 2 jam, arrangment teksi private yang aku dah set sebelum ni, aku terpaksa reschedule..

Kami guna servis teksi Hawai23.
Reliable and cheap. Normal teksi dalam usd40.. uver dalam usd30, manakala hawai23 seperti namanya hanya usd23 dari airport Honolulu to Waikiki area.

Gi terjah web Hawai23 nd book sana.

Naik toyota.. tak merasa naik brand USA pon kahkahkah

Muka lega walau 2 jam kene tahan kastam kahkah

Dah activate celcom roam rm138 selama 7 hari punya pakej. online terus cek FB... eh cek hal keje haha. Berbaloi pakai pakej rm138 unlimited call n sms lagi,
.
James, driver kami dari Hawai23. Sembang dengan dia ni macam rasa tengah berlakon citer Bad Boys! Fu*k sh*t segala macam keluar hahaha

Sampai Waikiki kami terus ke Niu Street.
kat situlah kami punya rumah penginapan utk next few days.

Kami tempah studio apartment.
Ini dari Airbnb.
Sini hotel mahal gak lah..
Average rm400 satu malam.

Lucky dapat airbnb 1 rumah ni dalam rm380 satu malam all in include tax.
Memang berbaloi rumah dia ni.. cukup lengkap.. wifi, snack, towel etc. Puas hati.

Kami di tingkat 8
Belakang ada sungai. Niu St ni just 10min from Beach Rd.
Amik kunci yg owner dah left kat sini. Simple and easy.


Muka best haha
Snacks tuan rumah bagi.
Ada beach towel, snorkle gear and board utk kegunaan kami from tuan umah.. perghhh
Wifi hi speed khas utk kami juga hahhaa
Ada bath tub.. cukup lengkap.

So, dah alang berbelas jam pejalanan, maka sampailah masanya utk kami membersihkan diri..
Dan makan megi kahkahkah

Lepas tu kami terus keluar jenjalan ke Waikiki area..
Menghala ke Beach Road untuk ke Hard Rock Cafe.



Kau tengok lah betapa semangat Melayu aku ni kuat kahkahkah
Kat Amerika pun aku ber tengkolok dan ber tanjak tau..
kau hado?

Siapa fren ngn FB kami leh la tengok video kami LIVE.

ABC ni macam 7eleven lah kedai serbanika..
Banyak gile kat Hawaii ni.. selang 200m mesti ada lagi ABC.. hahaha
.


Lepak-lepak Hard Rock Cafe Honolulu..
Tengok design baju depa..
Cun gak.. price range usd25 to usd35
.


Lepas tu berjalan menuju ke pantai Waikiki
Along the way terjumpa foogtruck..
Makanya kami pun belasah la makan!





Kami pilih untuk makan shrimp..
Lagipun tu je pilihan Halal yang ada hahaha

Set Shrimp ni dalam usd13 satu set.
Eh sedap oiiii
Fresh udangnya.. siap ada nasik oiii..





Air pulak kami order air nenas usd12
air oren usd7
Jangan convert RM lah nangis oii..

Dah bercuti kan.. tatau la pulak kalau kau masih lagi ngn harapan "LELAKI NI BERCUTI KE HAWAII DENGAN BELANJA RM100 JE" ahhaha hadoiiii


.

Lepas makan kami jenjalan pantai Waikiki time malam..
Nothing much pun.. biasa je pantai..
.

On the way balik ke Niu St kami berjalan ke butik² branded Chanel, Gucci, Coach..
hmmm.. korang rasa apa kesudahannya? kahkahkah
Adakah PS kena pow ngn MV?

Chanel
Gucci
Mentang-mentang kat Hawaii, MV terus nak pow beli spek hitam hahaha..
.

Maka kurang lebih itulah dia kejadian hari pertama kami di Hawaii.
Esok insyaallah kami bercerita lagi.

Dah lama tak emnulis blog gaya santai gini kekok plak kahkahkah

Nantikan pulak;
Dokumentari Trip to Honolulu, Oahu Island, Hawaii, United States of America - Part 2: Peninggalan Perang Pearl harbor

Chowwwww



Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!