Header

Sunday, July 19, 2009

Sepupu meet sepupu...

Malam semalam, lepas semua aktiviti di siang hari kitorang settle (n3 siang ari semalam akan diupdate kelak ek kawan2.. sabau sabau),
kitorang bertiga g ke selayang pulak umah kakak kepada masviona...

Prinsip kitorang, family tetap family..
even camna bz pon, hubungan keluarga tetap kene jaga..
walaupun badan dah letih seharian merendek ke hulu ke hilir, tapi gagahkan jua kaki melawat sanak saudara adik beradik..
prinsip tetap prinsip.
paling tidak, sekurang2nya sebulan sekali sure kitorang melawat kaum keluarga...

Sesampai je sana, Avin Damia adalah insan yang paling teruja..
walaupun siangnya dia dah penat berlari ke hulu ke hilir masa kat RedGlow (serius damia melasak kaukau kat sana...!!),
tapi bila dia ternampak kelibat Adam, terus dia aktif n segar semula !!!

Damia mmg amat ngam sekali ngn Adam...
kiranya dorang ni mmg sebulu la..
sayang benar damia kat adam.. begitu jugak adam..

tak caya?
nah korang lihatlah sendiri keintiman dua sepupu nih:


hihihi... damia bergambar bersama Mak teh, Auni Nazira and Adam Luqman...
tangan anak dara kitorang ni mmg takleh lepas ngn "peace ala Damia" tiap kali nak amik gamba...


Adam sedang mengaplikasikan perasaan belas kasih sayang terhadap damia...
diusap2nya rambut anak dara tu..
pastu di sikat2nya rambut damia..


atau mungkinkah adam rimas tgk rambut damia yang dah kusut masai tu?
bersungguh ok anak bujang tu menyikat rambut anak dara kitorang tu...

(aku rasa adam ni ada mengikut pe'el aku... bila aku ralit wat keje, mulut aku akan terjuih sikit macam mulut adam tu... tapi air liur takde la leleh ok !!!)


perrghh...
mmg servis terbaeekkk ni adam bg kat damia..
mmg complete sesi menyikat rambut damia...


adam mmg terserlah sifat penyayang...
lepas je sikat rambut, adam suapkan pulak adik sepupunya ni ngn air susu...

tak pernah2 damia suke ngn air susu, tetiba je suke lak..
mungkin atas layanan istimewa suapan dari abg adam dia kot !!


alahai...
time ni aku n masviona dah rasa sebak terharu lak...
menengokkan kemesraan dua sepupu ni..

sgt2 tersentuh ok ngn aksi damia n adam...


walaupun adam ni lasak, tapi time dia handle budak kecik, mmg dia akan berlembut..
sgt2 lembut...

even mak teh damia (mak kpd adam) pun pelik gak napa la dua sepupu ni sgt2 mesra..
walhal adam ngn adik2 dia sendiri tak semesra cenggitu..
asyik gadoh je mak teh kata...

Apa harapan kami di Mv.com?
kami amat2 berharap moga generasi keluarga kami (dan ofcourse, diperpanjangkan kepada kaum keluarga uols gak, reader Mv.com) terhindar dari masalah dalaman kekeluargaan..
takmo la dgr generasi kita bergaduh sesama sendiri...
especially bergadoh rebutkan harta la, iri hati la..
kekadang aku tak paham napa la sesama keluarga pun nak hasad dengki kan?
kekadang tu rimas dgr kes adik beradik bermasam muka sbb jeles....

moga keakraban kuarga seperti yang ditunjukkan oleh damia n adam dapat diperteruskan sehingga mereka dewasa..
sampai bila2... !!!

Amin..


*Bila Damia dah besar nanti n damia baca blog Bonda ni, igt tau nasihat walid n bonda... jgn busuk hati, jgn iri hati. Hormati sesama insan, tak semestinya org yg lebih tua je, tapi org yg lebih muda pun kta kene hormat.. sentiasa pilih n berpihak di jalan yang benar ok sayang?




MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

1 Comments Uols:

CuTeMiUt78 said...

insyallah.. so touching baca n3 ni..
betul tu, kerana PHD ni la sesama manusia blh bermasam muka kan..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!