Header

Thursday, September 10, 2009

REPOST: Siapa Team Mv.com?

Dulu aku igt lagi pernah publish n3 menjelaskan siapa itu team mv.com

ni rasanya sampai la masa utk aku post semula n3 tu sbb dah ada yg mula kompius ngn team mv.com ni... dari semasa ke semasa, mv.com sentiasa mendapat perhatian dari reader2 baru..

so kita takmo la reader baru kompius n blur n amik masa lama nak paham watak2 dalam mv.com ni kan..
so ni aku copy paste semula n3 tu.. klu nak baca n3 tu pon leh g sini je:-

aku kalau baca blog org tu awal2 mesti aku blur..
mana tak blur, kita baru nak kenal ngn blog dia, so segala istilah, nama dan watak dalam blog tu..
kan kan kan..

so sure korang yg baru2 baca masviona.com ni pun mengalami masalah yg sama.. kan?
sure korang kompius siapa ntah masviona, siapa plak prebetsabu dan siapa plak damia etc etc kan?

so aku amik kesempatan kat sini utk perkenalkan diri kitorang sendiri supaya dapat kurangkan kekompiusan korang dalam menyelami kehidupan kami di masviona.com (apsal macam poyooo je ayat aku ni ek.. lantak.. layannnnnnnnnnnnnnnn)

Apa itu Masviona.com?

- sebuah blog peribadi yang diasaskan sejak tahun 2004.

- Pendaftaran asal menggunakan nama masviona.blogspot.com tapi sbb tak selalu wat n3, viona leh terlupa password la plak utk manage masviona.blogspot tu

- Oleh kerana terlupa password, viona create blog baru masvionanas.blogspot.com

- Blog yg pada awalnya sekadar seminggu 1 entry, pernah suatu ketika takde entry langsung beberapa lama, kembali aktif n bergiat cergas kembali pada tahun 2008.

- Setelah mengalami revolusi beberapa tahun, team mv.com mengambil keputusan utk membeli domain name www.masviona.com

- Sebuah blog gabungan coretan seorang lelaki dan wanita, seorang suami dan isteri. Mempunyai 2 orang sbg contributor, Masviona & Prebetsabu

- Selain isu peribadi, masviona.com juga ada mengupas isu2 semasa, politik dan info buat perkongsian semua pembaca

- Blog masviona.com juga dikenali sbg Mv.com sbg singkatan utk memudahkan menaip.

Siapa Masviona?

- Beliau merupakan pemilik rasmi masviona.com

- juga dikenali sebagai CEO Mv.com, Viona dan MV. Nama manja utk panggilan oleh suaminya, prebetsabu ialah V.

- Berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, mendapat didikan awal di negeri kelahirannya di Kok Lanas, Kelantan, dan melanjutkan pelajaran di UPM Serdang dalam bidang Bacelor Sains Komputer

- Merupakan seorang yang peramah jika dah kenal, tapi bukan seorang yang akan memulakan bicara ngn org yg baru kenal.. pemalu la tu kononnya.. but bila dah mesra, mmg viona ni byk celoteh! Suke gelak n tersenyum.

- Sangat tidak suke kepada para hipokrit, tikam belakang, konon mcm bagus

Siapa Prebetsabu?

- Merupakan salah seorang contributor untuk entry di masviona.com, selain masviona sendiri.

- juga dikenali sbg CTO Mv.com sbb segala urusan teknikal masviona.com adalah dipertanggungjawapkan ke atas Prebetsabu. Ada jugak yg panggil Prebetsabu sbg Prebetsapu, Prebet dan PS. Panggilan manja dari isterinya masviona ialah B.

- Berasal dari Selangor. Mendapat pendidikan awal di Shah Alam, menengah di Teknik Slim River dan melanjutkan pelajaran di UPM, juga bidang Sains Komputer.

- Spt viona, Prebetsabu bukanlah jenis pemula bicara, but tetap ramah bila dah mesra. Perwatakan serius tapi gila2. Suka wat loyar buruk.

- tak suke kat org yg berlagak pandai, pastu bila kene tegor nak sentap plak. Seorang yg perahsia.. suke berahsia

Siapa itu Avin Nurdamia Alhamra?

- merupakan puteri tunggal (setakat ni tunggal la.. akan dtg ada rezki tambah lagi) pasangan Masviona & Prebetsabu

- juga dikenali sbg Avin, Damia, AD, Avin Damia

- lahir pada 06 Ogos 2007

- seorang kanak2 riang, lincah, lasak n cerdik

- sangat comel (pada pandangan mata weols la.. kecantikan itu adalah subjektif kan)


Siapa itu Team Mv.com?

- Istilah yang digunakan sbg ganti diri bagi contributors di masviona.com ni... ganti diri utk masviona, prebetsabu & damia sebagai sebuah team dalam masviona.com

- Team Mv.com berpangkalan di area kajang/bandar baru bangi... mmg selalu main kat area ni la..

- sangat suke berjalan, melancong n tgk tpt org.

- sangat suke berkawan dan sangat menghargai kawan yg ikhlas

- Perwatakan masviona & Prebetsabu adalah seperti yg dipaparkan dalam Mv.com.. what u see is what u get in real life.. takde plastik2 !!!




ok
harap lepas ni kita dapat mengurangkan kekeliruan time korang sume menjelajah mv.com ni..
susah kan bila kita baru nak baca, dah tak paham itu, tak paham ini... hihiihih

k selamat !!!


info tambahan...

juga boleh lawati blog2 kami yang lain:-

- http://masvionadistrict.blogspot.com - kumpulan segala link
- http://masvionacollection.blogspot.com - blog jualan aksesori wanita
- http://prebetsabu.blogspot.com - blog sembang2 teknikal
- http://prebetsabu-lens.blogspot.com - photo blog.. himpunan lengkap gambar2 event masviona.com

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

7 Comments Uols:

mummysya said...

Selamat berkenalan

Nice blog!!!

Muahahahahaha!!!

TQ atas info yang diberi, yang pasti Masviona.com adalah sangat beshhhhhhhhhhh...

(Puji dapat duit raya lebih tak)

Mak Su said...

salam ramadhan :)

Hezesuze said...

oooooooo like that arrr...ok2 paham sdah.....ahaks!

attyfir said...

owh gitu ..baru ku tau..
happy kenal uols..nanti ade masa..leh kenal ngn lebih mesra..ek..selamat hari raya..ekekekekee..

Kaseh said...

perghhh sgt detail ini introduction ...nak tahula..camne korang mula2 dapat idea nk bg nama avin damia? sebb sgtt unik n sedap... sila jawab yer kawan2..pastu camne korang leh kenal n bercinta dulu2 sapa tekel sapa n macam mana cara tekel itu.....heheeks.. sib baik la aku jauh..kalau tak mau kena hempuk ngan ps n mv ni.. lariks lagi...

tuberose78 said...

ohh... baru ku tahu!! huhuhu... :p

tuberose78 said...

ohh... baru ku tahu!! huhuhu... :p

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!