Header

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran; 1001 Hikmah dan Pengajaran

Artikel ni aku amik dari blog mkelana

sgt bernas.... renung2kan

credits to mkelana


Hari ini, ataupun lebih tepat, semalam, telah berlalunya Nuzul Quran. Ia bersamaan dengan 17 Ramadhan di mana dikatakan Al-Quran telah diturunkan pada malam tersebut. Bagaimana ia diturunka? Pelbagai pendapat yang menjadi khilaf di kalangan alim ulama. Saya tak berhasrat menulis tentang itu, ataupun pengajaran daripada Al-Quran. Terlalu banyak untuk dinukilkan. Bahkan, jika seluruh internet ini digunakan untuk menulis tentang pengajaran daripada Al-Quran, belum tentu ia mampu menampungnya.

Apa yang ingin saya bawakan di sini ialah tarikh 17 Ramadhan ini menandakan telah berlalu 17 hari kita berpuasa. 17 hari kita telah menunaikan ibadah puasa, menahan diri dari desakan hawa nafsu. 13 hari saja lagi tinggal untuk kita menikmati indahnya hidup tanpa dibayangi nafsu serakah. 13 hari lagi bulan mulia akan meninggalkan kita. Dan 3 hari lagi bermulanya detik pencarian Lailatul Qadar.

Pantas sungguh masa berlalu. Kalau masa boleh diperlahankan, ingin saja saya memperlahankan masa. Biarlah bulan mulia Ramadhan ini tidak berakhir. Biarlah saya mampu mengecapi nikmat bulan barakah ini hingga ke akhir hayat. Bulan di mana amalan umat ISLAM digandakan ALLAH.

Namun, inilah realiti ketentuan ILLAHI. Bulan puasa hanya sekali setahun. hanya 30 hari daripada 365 hari. Siapa antara umat-Nya yang menggunakan peluang 30 hari sebaiknya, maka ganjarannya tersangatlah besar. Malah, ada riwayat mengatakan, antara golongan yang dicela oleh Rasulullah ialah orang yang tidak menggunakan peluang bulan Ramadhan untuk beribadat kepada Al-Khalik. Nah, adakah kita mahu dicela Nabi?

Menjelang 13 hari terakhir Ramadhan kali ini, some points to ponder:

  1. Daripada 17 hari yang telah berlalu, berapa harikah kita menunaikan solat terawih berjemaah? Berapa rakaat? dan solat witir pula bagaimana?
  2. Daripada 17 kali kita bangun bersahur (jika bangun), berapa kalikah kita turut qiamullail?
  3. Setelah 17 hari melewati kita, berapa juzuk Al-Quran telah kita baca? Berapa pula yang telah kita fahami? Orang kata, dalam bulan Ramadhanlah kita mampu khatam Al-Quran (30 juzuk dalam sebulan) kerana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu. Fikirkan!).
  4. Setelah merasai ‘nikmat’ lapar dan dahaga, berapa banyak kita telah bersedekah kepada fakir miskin dan yang memerlukan? Berapa banyak pula telah kita berjoli membeli makanan untuk berbuka?
  5. 17 hari = 24480 minit. Maka daripada 24480 minit, berapa minitkah yang telah kita infaqkan untuk berselewat dan bertasbih? Berapa minit pula masih kita bazirkan untuk memfitnah, mengumpat dan perkara sia-sia yang lain?
  6. Dan pelbagai lagi yang tak tertulis oleh tangan ini…


Marilah bersama muhasabah diri. Saya sendiri tidak mampu menyempurnakan kesemua yang saya nyatakan di atas. Tak dapat buat semua, tapi janganlah tinggalkan semua. Itulah pesana n As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Akhirul kalam, saya hairan dan bingung melihatkan begitu ramai orang yang ternanti-nantikan kedatangan Syawal. Memanglah Hari Raya itu menggembirakan, tetapi, tidakkah kita sedih untuk ditinggalkan oleh bulan mulia Ramadhan? Satu-satunya bulan yang amalan kita digandakan,malah diberikan pelbagai ‘insentif’ tambahan. Juga, bulan di mana letaknya malam lailatul qadar.

Pelik bukan umat akhir zaman ini? Zaman Rasulullah, sahabat-sahabat menangis apabila tibanya penghujung Ramadhan. Mereka takut tidak dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang? Kita? Kita tak sabar nak raya, puasa ntah ke mana. Tepuk dada, tanya iman. Mahu ke mana kita nanti? Syurga atau neraka?

Wallahualam…

2 Comments Uols:

eedany said...

Sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan akan bertemu Ramadhan di tahun hadapan.

Masviona said...

insyaallah...amin

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!