Header

Sunday, August 16, 2009

Household Gold



Siapa pernah baca buku Houshold Gold?
ianya mengisahkan mengenai tips n maklumat bagaimana untuk menukarkan Perbelanjaan Isi Rumah kepada Pendapatan Isi Rumah...
Isi rumah anda sebenarnya ialah EMAS yang tersembunyi, yang menantikan masa untuk digali n dilombongi...

ok ok..
ye.. aku dapat buku ni from one of my kenalan...
and yes, he is promoting a Multi Level Marketing punya scheme...

and yes,
aku bukanlah seorang manusia yang menyukai skim MLM ni (walaupun fakta ada menyatakan bahawa terdapat RAMAI org yg berjaya thru MLM, dan fakta jugak menyatakan terdapat RAMAI jugak tersungkur.. well its business kan.. but utk mencari downline spt yg diamalkan oleh MLM lah membuatkan aku tak suke pada MLM)
tapi aku lebih cenderung pada conventional business.

tapi aku suke mempelajari teknik n idea dari org lain, and fine tune teknik tu utk kehendak n keadaan semasa kita sendiri.
so aku baca jugak buku tu.

40% dari kandungan buku tu aku mmg dah nampak lama..
but lagi 60%... info and contoh2 yg diberikan telah membuka mata aku lebih luas.

ramai yang terlepas pandang mengenai potensi menjana duit dari isi rumah...
ramai yg pikir, perniagaan hartanah je yg menguntungkan...
mmg menguntungkan, but mcm yg aku dah bincang kat entry sini, perniagaan hartanah memerlukan modal and kajiselidik lokasi yang terperinci..
salah percaturan, ending up kita bayar bodo2 je umah tu.. lelong pun tak laku.
walhal, kita memasing dah ada umah untuk kita duduk.. so y not kita maximisekan peluang untuk menjana pendapatan dari keadaan semasa kita semua.

so mcm mana perbelanjaan isi rumah (sabun, perabot, ubat gigi, vitamin, air, petrol, minyak masak etc etc) boleh mendatangkan keuntungan?
ye sbenarnya if kita tau selok beloknya, sedikit sebanyak, perbelanjaan kita setiap bulan untuk isi rumah tu, boleh mendatangkan sedikit keuntungan !!
but macam yg aku katakan tadi, buku ni di introduce kepada aku oleh wakil dari MLM...
so of course la dia nak promote MLM dia..
and MLM for me is a BIG NO!!

kenapa aku tak suke MLM? (namun aku tak pernah halang or kondem org yg wat MLM.. its ur own choice.. untung batu tenggelam, untung sabut timbul kan..)
as we know, produk MLM harganya ialah tinggi !!!!
contohnya ubat gigi... if colgate leh dapat dalam rm5, but ubat gigi produk MLM kekadang double the price kan?
so if kita kira bebetul, dapat ke modal yg dikeluarkan untuk beli produk MLM ni di OFFSET dgn keuntungan dari MLM tu...? (biasanya MLM tak fokus pada pembelian produk untuk dapat untung kepada ahlinya.. dia fokus pada PENCARIAN DOWNLINE untuk dapat untung pada UPLINE.. pembelian produk untuk ahli MLM adalah WAJIB untuk kumpul point!! dan sebab tu la kompeni MLM leh survive untuk bg bonus pada peserta MLM tu sbb semua peserta wajib spend beberapa ratus RM untuk maintain point.. dan harga barangnya adalah lebih mahal dari barangan biasa... so leh tak kita offset kan harga ngn keuntungan? perlu sedikit kiraan mendalam untuk setiap kompeni n produk MLM.. aku takleh nak pukul rata sebab setiap MLM harga lelain n point vary !!!!!!)

but still, tak rugi kita membaca untuk menambahkan ilmu..
mcm aku cakapkan awal tadi, aku dapat lebih kurang 60% info n contoh2 baru yg tak pernah aku ketahui sebelum ni...
yang mana ada sebahagiannya tak perlu untuk kita jjoin sbg ahli MLM untuk merasa nikmatnya (ni pun setelah di fine tune.. if tak, mmg kene join MLM baru leh rasa nikmat! huhuhu)

antara contoh yg paling mudah untuk kita mendapatkan faedah keuntungan dari perbelanjaan harian isi rumah kita...
ialah dengan kita mendaftarkan diri sebagai pemegang kad keahlian bagi pasaraya yang menawarkan kemudahan tersebut..
contohnya, Tesco kan ada Tesco ClubCard.. Mydin pun ada... CarreFour plak pakai RealReward... Jusco ada JCard..
petrol stesen pun leh pakai kad mesra n bonuslink utk kumpul point

apa untungnya kita mendaftar keahlian?
biasanya keahlian mcm ni adalah FREE (kecuali Jusco.. kene bayar rm12 kot yearly.. but still consider cheap..and dapat dioffset bila jusco tawarkan JCard Member day..)
dan setiap ahli biasanya ditawarkan keistimewaan tambahan... (like tesco, dia akan bg korang kupon discount utk bulan depan.. so penjimatan tambahan disitu.. jusco JCard pun sama... kad mcm RealReward and bonuslink lak leh kumpulkan point n redeem point tu utk dapatkan barang2...)

mmg la kita tak nampak keuntungan keahlian kad ni secara nyata dan secara sedebuk...
but siapa nak bagi kita kan diskaun setiap bulan...
redeem point terkumpul dalam bentuk barangan..

tu adalah contoh yang PALING MUDAH DAN RINGKAS bagaimana kita boleh mendapatkan keuntungan daripada perbelanjaan harian isi rumah kita..

ada lagi contoh yg kompleks yg telah aku fine tune utk kegunaan oleh bukan ahli MLM macam kita!!!
nak tau?
kene bayar pengerasnya lah !!! hahahahha hukhuk
penat tau aku mentela'ah buku tu and cuba come out ngn idea yg boleh diterima pakai untuk kegunaan harian..
but teknik yg aku dapat from info and idea dari buku tu lebih sesuai digunapakai oleh mereka2 yang telah mengaplikasikan teknik OD ASB (Secured OverDraft against Sijil ASB).

k lah..

apapepun, konsep Household Gold ni ada 3 cabang...
1- dari konsep ni, kta leh dapat cash back (pemulangan wang)
2- kita dapat wujudkan aliran tunai (cash flow)
3- dan juga kita bole jadikan ianya sbg lubuk duit (cash cow)

tapi biasanya cabang ke 2 dan ke 3 tu sesuai untuk ahli MLM...
untuk org kebanyakan mcm kita, peringkat awal tumpukan pada yg no 1 tu.. cash back !!
then nnti bila2 senang aku ajar camna nak manipulate kaedah ke 2 and ke 3 tanpa MLM!!

semoga kita semua sedikit sebanyak mendapat manfaat and sedikit idea bahawa jika kene pada gaya, PERBELANJAAN HARIAN UNTUK ISI RUMAH SEBENARNYA BOLEH DIMANIPULASI UNTUK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN !!

ok guys n gals..

kelas hari ini ditangguhkan dengan zikir tasbih kifarah...



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

Dj Epoi said...

Walaweiiiiiiiii.....
'

Terang benderang Betul Otak2 Lu dua orang laki bini...pasal bisnes dan buat bisnes huhuuuuuuuuu......

Otak Gua Gelap ala2 arang gituh heheheh

prebetsabu said...

dj epoi: hiks... bukan soal terang otak.. just teringin nak kongsi idea serba sikit yg ada...

gelap macam arang takpe.. arang if bakar leh jadi api.. sgt berguna..

jgn gelap mcm bontot kuali dah la.. hahahahahah

tuberose78 said...

pasni leh la wat kelas toturial.. tapi kasik free jugak ler..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!