Header

Tuesday, October 06, 2009

Tenancy Agreement

Seperti yang dijanjikan, kan aritu aku ada cakap aku nak sembang2 pasal tenancy agreement kan..
Tenancy Agreement atau dalam Bahasa Melayunya - Perjanjian Sewaan.

Dah alang2 agak lama gak aku tak kongsi sembang2 diskuss ngn semua pembaca masviona.com
so boleh la kita bincang pasal perjanjian sewaan ni.

Biasanya, tenancy agreement ni dibuat untuk lot² komersial je kan..
kedai ke, kilang ke...

tapi sbenarnya perjanjian sewaan ni leh dibuat jugak utk sewaan rumah persendirian.
mungkin ada yang berpendapat "alah.. rumah sewa pun nak wat perjanjian bagai? ni meti sbb tak sabar nak naikkan sewa umah!!"

pada yang berpendapat sedemikian, korang adalah salah!

tujuan perjanjian dimeterai antara tuan rumah ngn penyewa ialah untuk tujuan dokumentasi..
apa yang nak didokumentasikan?
segala syarat perlu di tulis sg tanda persetujuan..

apa tu segala syarat?

huhuhuuh...
segala syarat la..
hak n peranan sebagai tuan rumah
dan hak n peranan sebagai penyewa

contoh:-
sbg tuan rumah berhak utk wat spot check pada bila2 masa sekiranya aduan diterima..
tuan rumah perlu bertanggungjawap terhadap kerosakan wear n tear biasa yg bukan dari kelalaian penyewa
tuan rumah berhak menamatkan sewaan dgn pemberian notis selama tempoh yg telah dbincangkan..

sbg penyewa pulak, berhak utk memastikan tuan rumah membayar segala cukai terhadap rumah
penyewa perlu membayar sewaan pada tarikh yg telah ditetapkan
penyewa berhak menamatkan sewaan dgn pemberian notis selama tempoh yg telah ditetapkan

etc etc..

dalam perjanjian tu jugak haruslah dinyatakan kadar sewaan, deposit sewaan dan deposit api air secara jelas..
so that sbg penyewa korang tak perlu ragu..
ada black n white..
so bila korang nak tamatkan sewa, leh dptkan balik deposit tu semua..

boleh jugak la nak masukkan syarat2 lain...
cthnya tak bole paku sebarangan ke kat dinding..
if nak paku kene wat proper.. drill n masukkan wall plug
contoh je la..

agreement jugak dapat mengelakkan dari tuan rumah kene kaporrrr...
huhuhu dah byk kes tenant tetiba je lari kan..
or tenant tak bayar sewa...

kan byk kegunaan agreement kan..
bukannya utk tujuan tuan rumah nak naikkan sewa je..
klu nak naik sewa, bebila je tuan rumah leh nak naik.. hahahahahha

tapi jgn lupa.. lepas dah sign n initial tiap page tu, jgn plak lupa utk wat stamping...
stamp hasil..
huhuuh baru la valid agreement tu
harga stamp hasil tu pulak bergantung pada duration agreement tu..
nnti masa nak wat stamping tu leh refer pada jadual harga dia.

tak mahal pun if wat sendirik...
dalam rm30-50 je lebih kurang..
but if korang pi upah loyer, mau cecah rm200
tapi of course la ayat dia lebih pro lebih susah nak paham hahaha..
padahal template agreement tu dorang dah sesiap kan.. just copy paste je huhuhu
advantage wat sendirik ni, ko leh masukkan apape syarat yg korang nak.. karang je ayat...

ok lah..
nak contoh tenancy agreement tu?
boleh la email kat aku........................

moga kita semua dapat manfaat...


EDITED: Kepada yang dah register "Keluarga Mv.com" leh cek dalam email korang. Aku ada bagi link utk contoh tenancy agreement. camna nak register as Keluarga Mv.com? leh pi sini

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

5 Comments Uols:

Gieyana said...

good infor nie..thks for sharing!

Suziey Ahmad said...

yezza..mmg berguna..ade buat gk agreement ni masa sewakan umah pd ajen..sbb guna ajen kena ade black n white la..tp tu kitorang minta ajen yg buat..tp tu la..ayat nya merapu2(sush nk paham).ekeek:D
emm tgh pk nk sewakan umah ni jgk..tp nk buat agreemtn sdiri..bole x emel kt kita sampel..hehe.. suzieycomei@yahoo.com

Mummy Dasy said...

good info... nak sample mmg betul xyah buang duit pada lawyer
email at suryati_zainal@hotmail.com

malinasiam said...

akk mmg ader buat agrement ni
mmg berguna
tapi yg bengang nyer penyewa ni
nak kuar xbgtau
dah tu kuar mlm2
xker sengal tu
b careful ngn penyewa nie
memula nak masuk umh mmg semue baek
akk dah kena 2 3 org penyewa
yg mcm hantu
xkira jantina
buat spotchck!!!!!
dan makesure dorang ni senang utk d hubungi!!!

prebetsabu said...

Gieyana: thanks! ramai yg terlepas pandang kegunaan perjanjian ni..

suziey: hmm.. guna agent ek... rasa mcm rugi la plak guna agent.. dia amik fees jumlah sewaan sebulan... kitorang just iklankan kat internet ni je.. huuhuh.. cek email aku dah send contoh

mummydasy: a'ah rasa mcm membazir je wat ngn oyer.. wat sendirik, sign2 then stamp je.. cek email aku dah sent

momguess: huhuuh.. dah pernah ada pengalaman kene kapor ngn penyewa ek.. oleh sebab ramai penyewa yg "nakal" camtu la kebanyakan rumah sewa skrg dah jadi mahal deposit.. ada yg mintak deposit sampai 3bulan n api air rm500!!
sebab if penyewa lari tgh malam, at least kita ada pegang sewa 3 bulan buffer.. n if penyewa tu lewat bayar sewa, jgn biar terlalu lama.. nnti lama2 dia tak bayar then dia blah cenggitu je.. payah la.. kene selalu interaksi ngn penyewa....

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!