![]() |
syok bergambar sampai lupa nak alihkan Madam A....walaupun panas menyucuk tak ku hiraukan |
Ingat tak saya pernah buat Wordless Wednesday yang letak picca Budha Head Statue tuh. Cer tgk nih dulu...cer tgk
Sebenarnya weols masa turun utara ritu sempat lah gi buat lawatan tapak kat sini sekali tau
Muzium Arkeologi, Lembah Bujang, Kedah
Dulu kat masviona.com nih saya up n3 pasal Muzium Lukut kat negeri Sembilan tuh kan. So now meh kita story mory plak pasal Muzium kat Lembah Bujang nih.
Sebelum tuh meh layan piccies dulu eh...:)
![]() |
anak dara with walidnya |
![]() |
bergambar selagi boleh kekdahnya kan |
![]() |
Avin Damia dh start tak selesa sbb panas sgt kot |
![]() |
Wah machonya walid Avin...kan kan...:) |
Alhamdulillah mmg weols tak sangka lah yang avin damia pun bersemangat nak suka nak tour tempat nih. Yelah weols ingt dia tak suka dtg tempat2 bersejarah mcm nih lalu membuat onar sepanjang tour ke dlm muzium nih kan but rupanya sangkaan weols meleset sama sekali coz dia happy n cukup excited nak meneroka muzium nih sama.
Pastu mulut dia xyah cakap lah kan tengok benda pelik tanya itu ini. Query n her just like irama n lagu gitu kan....sentiasa selari....hahaha.
Penat gak nak explain coz ada gak benda tuh yang weols pun tak tau n nak kena baca kat papan explanation tuh dulu baru tau kan.LOL
Kan ke best muzium nih amik inisiatif yg lebih menarik buat mcm kat overseas tuh, tempat2 bersejarah diorg yg diorang aim dpt jadi salah satu tourist attraction diorg akan jaga betul2 dan buat mcm2 utk buat pengunjung/ pelancong tertarik.
Salah satu idea yang weols leh share adalah mcm apakata jika pihak muzium or pihak yang berkaitan buat mcm alat khas audio (alah yg mcm ala2 walkman tuh ler) yang leh dikasi sewa kat pengunjung untuk kasi penjelasan yang details kan. Kadang2 kita pun malas gak nak baca panjang tulisan tuh kan lain lah kalau kita dengar orang cakap kan.
Contoh audio device nih mcm nih lah
![]() |
nampak tak yg saya bulat kan tuh |
Masa nih saya India pakai tshirt yg dibeli kat Beijing :)
Bukankah ini sesuatu yang boleh menarik minat org luar untuk lebih tertarik nak datang muzium or sesuatu tempat tuh dan secara tak langsung juga boleh menjana pendapatan kepada mereka. yelah mcm charge sewa tuh xyah mahal2 pun xper lah seringgit dua pun jadilah atleast ada gak hasilnya kan.
![]() |
kejap lari kat bonda kejap lari kat walid....hiksss |
See Avin Damia bukan main happy lagi dia :)
Sebenarnya uols Muzium Arkeologi Lembah Bujang nih adalah muzium yang menyimpan pelbagai khazanah tinggalan zaman yang dijumpai di Lembah Bujang tuh sendiri oleh kumpulan carigali.
Kerana seperti yang kita semua sedia maklum, Lembah Bujang nih merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di
Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman.
Lembah bujang nih sebenarnya amat penting dalam perkembangan sejarah awal Negeri Kedah. Malah ada bukti carigali yang telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan
batu-bata di Lembah Bujang khabranya telah menunjukkan yang ada antara binaan disana yang boleh dianggap sebagai binaan manusia tertua yang
pernah direkodkan di Asia Tenggara.
Asia Tenggara ok!!!
Dengar khabarnya juga ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan
sejarah di tapak arkeologi atau carigali seperti runtuhan candi,
struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik,
kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India,
patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan
dengan kehidupan masyarakat kuno.
Penemuan semula semua artifak sejarah
ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan
kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.
![]() | ||
inilah dia replika gambaran candi yang telah ditemui kat lembah bujang dulu |
Lama jugak weols amik masa nak tour kawasan dalam muzium nih, Ada dekat sejam gak lah sbb berenti kat satu2 tempat tuh lama nak baca itu ini info semua kan.
Tapi weols mmg rasa berbaloi lah datang kat sini atleast kita sedikit sebanyak boleh rasa bangga ngan sejarah awal negara kita dulu.
Tak sangka dulu2 kat negara kita nih banyak tempat yang menarik dan terkenal sehingga ke seantero dunia selain daripada Melaka kan.
Jadi tak mustahil jika untuk kita menaikkan nama Malaysia di puncak kegemilangan n kemasyuran semula sepeti zaman dulukala kan...kan...kan.
Setuju tak???????
![]() |
gambvar nih lah yang saya amik buat n3 wordless Wednesday ritu....:) |
![]() |
antara serpihan tembikar yang dijumpai |
Lepas dah kuar daripada muzium tuh weols sempat lagi curi masa sat amik gambar kat luar zaman melepaskan penat lelah n amik angin di kaki gunung jerai gitu.
![]() |
masih sempat camwhoring...but weols suka nak spell camho je...hehehe |
Rasanya if uols gi kedah pastu tak tau nak gi mana tuh leh la datang terjah muzium ni satu family, bukan apa dah ler masuk sini xde kena charge pepe pastu lagi satu antara sedar or tidak uols leh semaikan semangat cintakan negara dalam diri anak2 uols gitu kan.
Lagipun siapa lagi nak cintakan negara kita jika bukan kita rakyat negara nih sendiri kan....betul tak murid murid???? LOL
Author's note: Walau kemana kita pergi, jauh mana kita mengembara, biarpun beribu batu kita merantau ke seluruh pelusuk dunia. Tempat jatuh n bermain jangan dilupa....sentiasalah ingt asal usul n sejarah kita dan dimana kita bermula. CHEERS!
Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
3 Comments Uols:
lama x jejak muzium..dah le mmg x minat sejarah..hehe
Neeza,
hehe cuti skolah nih leh la bwk anak2 gi memana muzium kan....hikss
Interesting.... :)
Post a Comment