Header

Wednesday, May 20, 2009

Warkah Untuk Anakanda Edisi Contest

Actually n3 nih aku buat semata² untuk melayakkan diri aku untuk join satu contest nih. Dah tuh kalu ikutkan utk hari nih nye jadual mv.comnih dah xde dah n3 schedule but semata² untuk contest nih sesiap je mandi tadi aku terus on lappy nih nak wat n3 nih lah.....huhuhu.

If uols nak join contest nih skali pun dipersilakan lah.....huhuhu saje lah cuba nasib kata org kan. (sempat lagi nih....ada lagi masa lagi sket jam lagi....wakakakaka)

Bebenornye aku main taram je ayat nih, xdan dah nak pk² ayat yg best² n dasat² dah, nih semua zap² apa yg terlintas kat dlm otak aka CPU aku nih jer lagipun aku nak cepat n pantas coz last date utk join contest from blog joegrimjow nih adlh tak lama lagi iatu tamat pd mlm nih pd pukul 23:59am....huhuhu...so aku adlh sgt rushing ok...hiksss.

Sebenarnya kisah yg aku nak share sesama ngan uols nih dah pernah kuar kat mv.com nih but aku pun tak reti nak declare n3 nih termasuk dlm kategori apa whether kategori kisah yg sedih ke or kisah yg menyayat hati ke or kisah yg menggembirakan. Namun pd aku sendrik aku rasa sungguh terharu lah ngan n3 nih dan aku rasa n3 nih sungguh jujur n ikhlas lahir dari hati seorang insan yg bergelar ayah buat seorang anak.

Aku baca kisah nih ngan genangan airmata (nasib baik ler air hidung tak kuar skali...hiksss...mesti ler cover kan kalu kata kuar pun). N3 nih ditulis oleh prebetsabu khas untuk anakanda kami iaitu Avin Damia. N3 asalnya ada disini but untuk memudahkan penganjur contest nih aku berbesar hatilah nak share balik kat sini khas untuk my new readers jugak yg masih belum baca lagi n3 tersebut maybe n untuk uols gak loyak readers mv.com nih manalah tau kot² uols terlepas ke n3 tuh kan.

Jom layan jom!!!!!



Warkah Untuk Anakanda

Duhai Anakandaku Avin Nurdamia Alhamra,

Hari ini genaplah usiamu setahun, sebagaimana gembiranya hati Ayahanda dan Bondamu ini dengan kehadiranmu dalam kehidupan kami, begitu jugalah harapan kami agar dikau turut gembira dalam masa setahun ini.

Saat tatkala kehadiran dirimu dalam kamus kehidupan kami merupakan saat yang paling tidak dapat kami lupakan. Tanggal 6 Ogos 2007 merupakan hari bahagia kami sebagai pasangan suami isteri, suatu perasaan yang belum pernah kami rasai sebelum ini.

Ayahanda percaya, suatu hari nanti Anakandaku Avin Damia pasti akan terbaca warkah dari Ayahanda ini. Maka ketahuilah dikau bahawa dikaulah penyeri hidup kami berdua. Kehadiran dikau selama setahun ini penuh dengan senda gurau, gelak tawa dan tangisan. Tatkala umurmu masih bayi, bondamu telah banyak bersusah payah menjaga perihal dirimu duhai sayang. Tidak terhitung pengorbanan yang telah dicurahkan terhadap dirimu. Seawal umurmu sehari sehingga ke umur 3 bulan, begitu mencabar pengalaman yang telah dikau bekalkan untuk kami sbg seorang ayah & ibu. Kami sahut cabaran dan pengalaman itu dengan senyuman mesra. Mata Bondamu acapkali bengkak ekoran tidak mendapat tidur yang mencukupi dek kerana tangisanmu dari awal malam sehingga dinihari duhai Anakandaku.

Acapkali juga hati kami tersentuh dan risau dgn kesihatan dirimu duhai Avin Damia. Ketahuilah dikau bahawa setiap kali dikau diserang demam dan batuk, hati kami tidak pernah terhenti untuk berdoa semoga dikau cepat sembuh, bahkan kami juga berdoa agar dapat dipindahkan segala penyakitmu itu kepada kami, kerana kami tahu, tubuh kecilmu itu cukup perit utk menanggung seksa demam dan batuk yang berpanjangan. Pernah suatu ketika kami kejarkan dirimu ke hospital pada lewat malam semata2 tidak sanggup melihat dikau menanggung keperitan batuk sehingga sesak nafas. Begitu juga ketika dirimu diserang cirit birit. Tubuhmu layu duhai Damia, selayu hati kami memikirkan derita yang ditanggung olehmu. Hati kami terkesan tatkala jururawat menusukkan jarum ke tangan kecilmu demi memasukkan saluran air ke dalam badanmu. Airmata hiba menitis memikirkan keperitan yang terpaksa dikau lalui.

Hampir 2 hari kami hanya dihidangkan dengan wajah sugulmu. Segala urusan lain kami tangguhkan demi memberi sokongan dan pengawasan sepenuhnya terhadap tahap kesihatanmu. Segala cadangan dan nasihat doktor utk memastikan dirimu kembali sihat, kami lakukan dgn serta merta, dengan harapan kesihatanmu dapat kembali normal. Tidak dilupa juga kerisauan dan doa yang dikirimkan oleh nenek2 dan atuk2mu, kaum keluarga serta kenalan kami. Alhamdulillah, dugaan itu hanya sementara. Tubuh kecilmu kembali aktif dan senyuman kembali terpancar pada bibirmu, dan saat itu jugalah segala batu bebanan yang membebani hati benak kami terasa hilang, dan kegembiraan kembali menyinggah.

Pada diri kami, dirimu adalah di tangga teratas. Walau sesusah manapun, demi kepentingan dirimu, kami akan lakukan kerana itu tanggungjawap kami Ayah & Bondamu. Tidak pernah terlintas walau sekelumit kuman pun untuk kami mengabaikan kebajikan dan kepentingan dirimu.

Melihat perkembangan dirimu, dari seorang bayi yang tidak mampu berbuat apa kecuali menangis ketika lapar, sehingga umurmu mencecah setahun, kehidupan kami tidak pernah sunyi. Setiap hari mendatang kami sentiasa teruja utk melihat keletah dirimu. Kamu sudah mula pandai tersenyum dan gelak ketika diagah. Kamu belajar utk meniarap. Belajar mengengsot kebelakang, ke depan. Mengangkat punggungmu utk merangkak. Melasak. Merajuk. Flying Kiss. Cikuu Cak. Muka cute. Dan baru2 ini kamu telah mula menunjukkan aksi2 utk berjalan. Syabas di atas pencapaian dirimu.

Pada dirimu sahajalah kami curahkan segala kasih sayang kami. 3 tahun kami menantikan kehadiran seorang cahaya mata dan kehadiran dikau mmg amat dinanti2kan. Ya, kami menaruh harapan yang tinggi terhadap dirimu. Selama setahun kamu telah menunjukkan sikap2 yang amat disenangi. Kamu cepat belajar, rajin berusaha, aktif, mudah bergaul, pandai membawa diri, cerdik dan amat manja.

Dalam pada gembira ini, jauh di lubuk hati kami amat risau memikirkan masa depan dirimu duhai Avin Damia. Perjalanan hidupmu masih jauh. Masih banyak onak dan duri yang perlu dikau tempuhi. Tapi janganlah dikau gusar duhai Anakandaku, kerana kami sentiasa akan berada disisimu utk memberikan tunjuk ajar dan nasihat padamu. Ketahuilah dikau bahawa dunia ini penuh pancaroba. Haruslah dikau teliti dan memilih jalan yang betul. Tabah dan berfikiran waras. Sesungguhnya kami amat berharap agar dikau dpt memupuk sifap tabah dan bersabar menghadapi dugaan dalam diri, kerana suatu hari kelak kami pasti kamu akan memerlukan sifat ini untuk menerima kenyataan tentang dirimu. Kami berharap tatkala tibanya saat itu, janganlah dikau berkecil hati dan membawa diri. Tabah serta bersabarlah, kerana semua kejadian di dunia ini mempunyai hikmah yang tersendiri.

Sempena menyambut ulangtahun kelahiranmu, Ayahanda & Bonda mengucapkan Selamat Hari Lahir yang pertama. Tiada apa di dalam dunia ini yang dpt menggantikan dirimu. Kehadiranmu amat bermakna buat kami. Terima kasih kerana sudi hadir menjadi seorang ahli keluarga dan menemani kami. Kami sayangkan dirimu duhai Anakandaku Avin Damia, walau apa pun terjadi, dirimu tetap Anakanda kami dan kami sentiasa berdoa kejayaan dunia dan akhirat buat dirimu selamanya.

Nukilan ikhlas bersama airmata gembira dari kami, Walid & Bonda buat Avin Nurdamia Alhamra tercinta.


Author's note: Hope penganjur contest nih masih leh trima ler penyertaan aku di saat² akhir nih....insyaallah.

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

6 Comments Uols:

mummYaeesh said...

wah..bleh lagi!sempat lagi..tp klu ikut waktu manchester mcmana??adoila!

joegrimjow said...

hihi
mecey2
smpat lagi yek

da update

rahma said...

insya Allah, ada rezeki menang contest ni kan! ^0~

tuntejay2k said...

huh.. terharu sungguh.. sebak lak rasenyer.. terus tingat hero kat umah..

Anonymous said...

so touching n emotional..semoga kamu berdua terus tabah dan cekal menghadapi dugaan membesarkan anak dan mencorakkannya dengan warna2 kehidupan yang diredhai..all da best!
hepi besday to nas too ;)

joegrimjow said...

da bace abes da\warkah tu beshhh

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!