Header

Friday, May 15, 2009

Budu Petua Cantik

Budu cerahkan kulit dan antipenuaan

RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim,
Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun.
Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti
Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan
terkenal.

“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan
malam,” katanya.
HAMIDAH menunjukkan

Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10
penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda
seseorang.

“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang
menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana
ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan
sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah
melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu.

Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik
jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.

Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim
kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau
Budu Ketereh.

“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik
tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada
pemakainya.

“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.
Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik
sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya. – MEGAT LUTFI
MEGAT RAHIM



Ini sebahagian drp petikan yg aku copy paste drp email yg aku terima, actually artikel tuh panjang lagi...huhuhu aku paste sket je...xperla ek???

Sebenarnya aku nak share ler bab BUDU nih. Aku nih mmg asal usul pure from kelantan xde mix² ke apa. My mum n my dad mmg dedua asal sana.

Jadinya mmg sedari aku kecik lagi lah aku dah kenal budu nih. Kat umah aku pun rasanya bekalan budu mmg tak pernah putus kot. Asal habis jer sure cepat jer berganti baru.

Pada aku sendrik pula, aku nih bukan ler termasuk dlm kategori hantu budu. Tapi bukan juge termasuk dlm kategori anti budu. Aku senang jer jika ada aku makan jika tiada pun tidak pula aku meminta² tapi kadang² tuh bila terasa or tiba² terliur nak makan budu mesti kena gak cari sampai dapat tp kejadian ini amat jarang sekali berlaku. (B ingt tak bila v tetiba teringin nak makan budu...hiksss)

Sekarang nih kat umah aku pun ada budu. Yang membelinya prebetsabu, rasanya sebelum dia kenal aku dia tak suka or tak pernah kot makan budu but bila kami dah kenal n mula bercinta dia jadi suka makan budu kadang² dia pula yg hover meminta budu lebih drp aku....hiksss.

Aku rasa nak share artikel nih bukan apa sebab kadang² aku terasa juge geram n kadang² menyampah dgn sesetengah orang yg seakan² memandang sinis terhadap budu malah ada yg sampai mengangap budu tuh macam jijik dan hina sangat lah.

Senang criter kononnya jika dia makan budu jatuh lah standart dia yg cun melecun vogue the vass or yg hansome n macho bak jantan idaman malaya tuh....wakakakaka

Aku bercakap bukan sekadar ngan emosi atas dasar kenegerian semata² namun aku mengomen mengikut perkiraan waras aku sebagai manusia biasa n rakyat marhaen.....hikksss lagipun ini berdasarkan pengalaman aku jugak.

Kerana ada diantara manusia diluar sana (ini kes benar ye)...dia tak suka budu....ok lah kita terima sbb tuh ikut selera masing² kan tapi tindakan dia tak suka budu sehingga melarang isteri n juga keluarganya memakan budu....sedangkan dia tau isterinya sedia asalnya suka makan budu.....huhuhu...sehingga begitu sekali.

Ada jugak kes ke-2 nih (juga kes benar). Dia tak suka makan budu pastu dia jika hidangan yg disediakan kat umah untuk santapan seisi keluarga ada budu dia selalu bising² dan mesti dia akan makan asing xnak campur.

Oowwwhhhh ada byk kes lagi lah tetiba aku terasa cam tak larat nak menulis....boleh??????penat oowhhh type pepanjang nih.

Tapi pada aku lah if let say kata ko mmg tak suka jgn lah nak kawal org lain supaya tak suka jugak kan....huhuhu...biarlah org lain nak makan...ko tak nak makan ha sudah tak yah makan...org lain nak makan...bior jela dia makan....hiksss

Pastu apa salahnya budu tuh terhidang sesama ngan hidangan lain....cara ko buat tuh cam budu tuh hina sgt sampai tak leh nak dihidangkan sesama makanan lain lak. Apa masalahnya dia bukannya daging babi yg sememangnya haram untuk umat islam makan kan. Bior jerla dia terhidang kat situ if ko nak makan ko makan if ko tak nak bior ler dia kat situ ko tak yah ler usik bior org lain usik hiksss....

Ha skrang ko tgk BUDU pun org dah leh wat produk kecantikan tau.....wakakaka. Berbulu ler org yg benci aka anti budu baca n3 aku nih....kuang3x....lantak lah dah mv.com nih blog aku biarlah aku tulis sesuka rasa aku....ahaksss.

m i rite???


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

12 Comments Uols:

attyfir said...

wah lepas ni kayo ler taukeh budu..

watie wyyn said...

pernah terbaca gak artikel ni...
weols tak pernah makan budu sesaje dgn nasi tapi weols suka mkn nasi kerabu (dlm dia ada budu kan?)

teringat lak kisah pak mat (my father) yg tak bg kitorang makan petai, jering dan sewaktu dgnnye...alasan nnt toilet berbau..ahaks bleh gitew?

IxoR@ said...

Budu? Sanggup dengan tak sanggup je..sebab kan ke berbau?

Uhhh cam tak sanggup la.

Anie said...

yg bd tau makan selalu makan budu badan busuk...

Sis Lin said...

a'ah kan? selalu gak dngr org kate budu tu kotor le..skrg tgk,leh bt kosmetik lor...chaiyok!!!

CuTeMiUt78 said...

eemm.. pernah gak makan budu ni.. eemmm tgk sekarang budu pun blh buat kosmetik kan..

Maswani said...

budu..sodappp u..huhu..

mama said...

eloo...

Mya said...

budu sedap apa.. yumm yummm..

shaliza said...

ya..ya..ku juga pencinta budu.

tuberose78 said...

akak makan budu dgn nasik warna biru tu jer la..

tuberose78 said...

haaa... nasik kerabu.. puas memikirkan apa ke nama nasik tu..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!