Header

Tuesday, May 19, 2009

Adam Nak Naik Kuda Jugak

prebetsabu membawa adam pusing² ngan hobo

Pagi ahad mcm biasa ke kelas tunggang kuda but ahad lepas tuh agak sedikit terlewat dan juga agak lain drp biasa...hehehe

Hari tuh rombongan drp pihak weols agak ramai.....hiksss. Bukan apa anak buah aku tuh tingin sangat nak tengok weols tunggang kuda. Dari malam tuh sesiap pesan esok jgn lupa kejutkan dia...so if nak bawak dia kenalah bawak bibik n anak dara kecik tuh skali kalu tak sapa nak monitor dia masa weols dlm track nnti kan. Owhh tak mungkin weols akan membiarkan dia sorang diri kan....harus bahaya kan if budak² dibiarkan sorang diri tanpa pengawasan org dewasa rite?


proses nak mengangkat adam yg badan punyalah semangat tuh atas hobo

Adam nih baru darjah satu but badan dia punyalah semangat mcm budak darjah 4 or 5 kot. Adam ni mmg manja terlebih sket ngan aku, dia panggil aku Mak Tam (bukan kerana aku hitam...hikss..tp sebab apa aku pun tak tau) n prebetsabu Uncle Nas....hikss. Terbalik ko if famili belah prebetsabu lak panggil aku Aunty Mas n prebetsabu Pak Teh.

Xtau nape maybe sebab dulu masa weols awal² couple dulu mmg diorg dah panggil camtuh kan so lepas dah kawen pun diorg dah selesa panggil camtuh aku pun lagi selesa diorang panggil gitu. So lekat jerla sampai sekarang.

Jadinya untuk aku mahupun prebetsabu menukar panggilan nama kengkadang mau tersasul gak. If anak buah dedua belah pihak ada agak ler susah weols nak bahasakan diri kejap² kena ckp tolong Mak Tam/Uncle Nas wat nih cthnya lah pastu nak kena tukar lah tolong Aunty Mas/Pak Teh wat nih.....huhuhu. Selalunya situasi seperti ini terjadi bila ada kenduri kendara lah....hukss.


Ok berbalik pasal kisah Adam nih kan. Riuh satu pusat ekuin tuh ahad lepas bila dia yg dok kat luar paddock tuh kan kejap² dia jerit "Mak Tammmmmmm, Adam nak naik kuda jugak"....haaa ko segan aku tau......nak trots pun tak selesa tau. Pastu tak lama pastu "Mak Tammmmm Adam tak kira Adam nak naik jugak".

Asal aku trots melintas dekat tempat dia duduk jer dia jerit dah ler suara dia bukan main kuat lagi. Pastu bila dia dok jerit² gitu si avin damia pun mula lah nak jerit gak....."B...B....Dog"....pastu Yeay...yeay (sambil bertepuk tangan)...adoyaiii.

avin damia dah pndai wat gaya peace smbil smile...bila tau ada org nak snap picca dia


Anak dara tuh mmg ler beribu kali ajar soh ckp horse pun dog jugak dia sebut. Semua binatang dia sebut dog except cat n tiger...kuang3x.

Happy lah Adam leh naik kuda tuh

beria pakai helmet but kat kaki pkai selipar jer....huhuhu



Sampai² umah dia kan, semalam weols gi anta dia coz hari nih kan dia dah sekolah. Punyalah tak sabar² dok bercerita kat mak dia yg dia gi naik kuda....hiksss.

Semalam aku ride hobo kat paddock besar dah. Pastu instructor pun dah lepas aku sndrik dah...hehehehe. Apa yg bestnya semalam aku dapat belajar teknik criss cross.

Syok dapat belajar benda nih, rasa mcm happy sgt coz kita kena belajar camne cara² untuk tackle kuda tuh supaya dia ikut arahan kita nak gi mana ke kiri ke kanan ke buat u-turn ke apa ke.

Teknik nih penting, if kita dah mantoppp dlm teknik nih baru ler leh wat dressage ngan cantik menarik tertarik gitu coz criss cross nih adalah slh satu displin dlm dressage....itu sajelah tips saya untuk hari in....kuang3x

Oh lupa.....kesian kat prebetsabu semalam dia jatuh semasa tgh ride Attention. Masa wat canter lak tuh...sian dia...pitty to him tapi aku leh lak terlepas tgk detik² tuh....but au heran gak nape tetiba jer dia kuar paddock awal.

Lepas dah habis class baru dia bitau yg dia jatuh kuda....adoyai siannya dia.


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

5 Comments Uols:

Ms.Lilies said...

eh eh...sebaya syira la dia

Anonymous said...

Salam Viona,

Mmg semangat ler adam ni. Mcm dak darjah 3@4 gitu. Besh ler dia xtakut kat kude tu, klu anak Makmi, jauh dia berani ler bila dekat jek, makmi rasa dia larik lagi laju dari kuda tu...ngeh².

prebetsabu said...

ms lilies: a'ah sebaya syira.... leh wat geng nnti..

mamami: siapa kata si adam ni tak takut?? harap badan dia je besar. tp takut gak kat kuda tuh...


sbenarnya viona dah wat n3 pasal adam takut naik kuda ni.. dia ada schedulekan dah.. so tungguuu......

tuberose78 said...

eii... tgk kuda besau tu pun mcm dah gerun la...

tuberose78 said...

kalau kuda mainan yang mcm kat giant tu okay ler jugak.. kekeke..

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!