Header

Wednesday, August 25, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

Hi uols.....Salam Ramadahan al-mubaraq (hahaha..masih belom terlambat kan???)

Ni n3 yang tak dirancang.....dapat email nih drp member blogger yang baik hati...hahaha mala nnti klu nak email pepe jgn lupakan daku ye mala....hahaha

Firstly nak pesan sesiap....so far ahkak nih mmg anti politik ok....xde terlintas langsung nak join parti politik memana pun...BN ke PAS ke KEADILAN ke...dari dulu sampai lah sekarang tak suke semua benda yang melibatkan politik...serius...senang citer pada saya ngan pemikiran kolot saya setakat ini semua politik adalah kotor....saya ulangi sekali lagi...itu pandangan kolot n sinis saya sahaja tau!

Tapi artikel yang ini saya tertarik lah plak, saya tertarik pada kekuatan hujah² dan penerangan penulis dan juga cara penulis menhubungkaitkan isi demi isi dan perenggan demi perenggan tanpa menggunakan emosi yang terlampau i mean semua fact yang sahih n benar serta dielobrate dengan ilmu lah.....ok jom sesama kita baca n hayati ok!

Katanya artikel nih ditulis oleh Tuan Guru Haji Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.


Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka.
Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang
habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari
Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen.
Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di
mata pandangan gerombolan mereka.
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula
tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu
digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali
ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang
sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan
perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan
wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk
program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah,
Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar
dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk
menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan
pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad
ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha
pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco
saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan
bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter
trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara
demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak
membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan
yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak
milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing.
Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan
menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos
lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai
ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan
oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping
kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang
didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan
diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada
perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai
apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan
wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada
nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa
sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi
tadi.
Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai
kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga
kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai
kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan
jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang
ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh
telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar
Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak
saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis
pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus
meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir
sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran
Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18
Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah
RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual
dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM
108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini
ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9
tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti
harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah
syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur
selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan
duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya,
selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia
kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah
terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di
Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk
menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di
pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah
Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid
apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang
berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai
pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga
mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah
dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan
yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham
(D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan
Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang
ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang
berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil
menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung)
keselamatan."

Salam Ramadhan.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M


Sama² lah kita renung² kan kerana kebanyakkan daripada kita selalunya lebih suka mengikut n menurut tanpa menyelidik terlebih dahulu.....ngan kata² yang lebih mudah orang² kita nih suka meniru! tanpa usul periksa.....nampak org buat kita pun nak buat tapi maksud disebaliknya kita tak tau apa kan....huhuhu

XOXO....from mv, ps n avin damia....peace!


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

2 Comments Uols:

attyfir said...

mala mmg rajin ..forward email..dapat gak nie.

Masviona said...

atty,
haah kak...mmg pun...saya suke je baca email2 dia tuh...:)

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!