Header

Friday, January 21, 2011

Maksimakan Duit - Toll Rebate

Amboi korang ni, laju je kalau Team Masviona.com ni wat entry pasal duit ek? kekekeke..
Siapa yang taknak duit? Semua orang pun perlu duit. Macam weols lagi lah, banyak benar komitmen.. hutang sana sini keekkeke so semua tu perlu dikambus menggunakan duit jugak haaaa

So kita sehabis daya lah usaha untuk mencari jalan dan peluang untuk memaksimakan nilai ringgit yang kita ada. Jika kita cakap pasal infalsi, dah tentulah itu diluar kawalan kita as individu, sebab bende camtu as collective measure kan?

So apa yang kita as individu boleh buat is take charge of any opportunity yang ada, if kita termampu. So antara peluang yang ada buat kita-kita yang duduk di kawasan yang banyak toll, ialah toll rebate, under skim Frequent Traveller from Rankaian Segar yang operate Touch&GO tu.



Apa itu Frequent Traveller? Merupakan sebuah program yang dianjur dan ditanggung oleh kerajaan Malaysia terhadap semua pengguna kad Touch&Go yang berkelayakan yang menggunakan khidmat kad tersebut di kesemua lebuhraya bertoll di Malaysia, bermula dari 1 September 2009 yang lepas sehingga sekarang. Hah, dah lama sebenarnya program ni tapi ramai yang tak berapa aware kan?

so apa dia syarat-syarat untuk melayakkan kita untuk mendapatkan rebate 20% toll ni?

mudah saje, anda semua layak untuk claim rebate ni sekiranya transaksi toll menggunakan kad touch&go anda adalah melebihi 80kali. Tak kira la berapa amount pun, janji sekurang-kurangnya 80kali transaksi. So sekiranya perjalanan dari rumah anda ke opis kene lalu 4kali toll (tak kira la toll rm0.50sen ke, rm1 ke) maknanya seara kasar, sebulan anda telah melalukan transaksi sebanyak 120kali (4kali x 30hari) sekaligus anda sebenarnya layak untuk claim rebate!!

Hah... rugi la kan kalau tak claim?

Camna nak claim? oooo... korang carikla sendiri camna!!! malas lah aku nak suap semua ekekkee

ok ok ok aku tau korang memang manja.. meh aku suap.. kekeke

Korang kene la register dulu kat web touch&go di sini.


then lepas tu korang leh tgk la berapa amount terkumpul yg kroang layak ;)

Perlu diingat, korang boleh kumpul nilai rebate ni hanya selama 6 bulan, selepas tu kalau korang tak claim jugak, dia akan lupus.

So lepas dah register dan korang tengok korang laya utk claim certain amount, kat mana pulak nak claim tu?
Jawapannya?


kat memana pejabat touch&go yang ada di plaza toll.. macam aku, selalu claim kat pejabat touch&go kat toll sg besi menghala KL.. ooowwhh.. hanya boleh claim dalam waktu pejabat saje sebab dia ikut office hour ngee~

ok dah.. selamat mengclaim rebate anda!!!





Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

1 Comments Uols:

Kaseh said...

lerrrr baru tahu..da byk kali tukar t&G card tau..kalau kumpul2 guna kad yg sama dari taun 2006 dulu sure dah kayo den dah...hahaha

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!