Header

Wednesday, November 03, 2010

Mari mengemaskini data GPS

Sementara sempat, jom kita kemaskini data dan map dalam gps device kita. 
Dah alang-alang hendak update, kita update sekaligus map-map untuk travel kita yang akan datang supaya senang lah nanti tidak lah perlu kita hendak update berulang kali.



Weols tidak pernah membeli GPS device yng perlu di mount kat kereta tu. Tetapi weols install GPS software - Garmin Mobile ke dalam handphone Nokia E71 dan E66 weols yang dulu. Sekarang handphone itu tidak lagi digunakan sebagai handphone sebaliknya telah menjadi gadget GPS sahaja, handphone hanya dipakai menggunakan Blackberry.

Nokia E71 dan E66 tu sangat banyak berjasa! Senang di bawa kemana-mana dan bateri yang tahan lebih lama kerana ianya tidak digunakan sebagai handphone dah, sebab tu bateri lebih tahan lama, takde bazir tenaga untuk cari siaran and coverage dan juga tidak membazir untuk talk time. Kadang-kadang, nokia ni jugak lah yang weols gunakan untuk browse internet bila ada wifi, kiranya dah jadi mini netbook weols. Teringat masa jelajah Eropah haritu, di sana terdapat banyak outlet yang bekalkan free wifi, makanya status Facebook dan juga enty LIVE seringkali diupdate menggunakan nokia ni saja. Mudah dan jimat.

Berbalik semula kepada GPS, selain dari Garmin Mobile, Nokia juga menyediakan perisian GPSnya yang sendiri, dipanggil Nokia Maps.

Pendapat peribadi, weols lebih suka dengan Garmin Mobile berbanding dengan Nokia Maps kerana perincian map yang digunapakai oleh Garmin adalah lebih tepat dan padat, terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dan komuniti GPS yang sering bekerjasama dalam mengemaskini map tersebut. Nokia Maps pula bagi weols, map yang dibekalkan sekadar asas sahaja, tetapi sudah memadai untuk kita jadikan rujukan bagi jalan-jalan utama di sesebuah tempat.

Kekurangan Garmin pula, kita terpaksa berhampas pulas mencari info di internet untuk mendapatkan peta sesuatu kawasan. Diakui, Garmin sediri ada menyediakan map asas bagi hampir keseluruhan negara di dunia ini, tetapi seperti Nokia Maps, ianya terlalu ringkas.

Kesimpulannya, GPS adalah satu keperluan! Menjimatkan masa untuk mencari sesuatu lokasi dan juga meminimakan kesesatan. Bagi maps  seperti Garmin, terdapat feature tambahan seperti POI - Points Of Interest yang boleh kita jadikan sebagai rujukan bagi mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik di kawasan sekitar kita berada.

*sebenarnya, dalam panjang-panjang aku membebel kat sini, aku sebenarnya nak minta pertolongan dari uols. Ada tak dikalangan uols yang ada map untuk Garmin bagi - Indonesia, Thailand, Hong Kong, Macau dan India? Jika ada, sudilah kiranya kita berkongsi maps tersebut. ;)



MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
Camna?

0 Comments Uols:

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!