Header

Wednesday, November 10, 2010

Dokumentari Bandung - Part 1: Selamat Datang!

Cikuuuu..cak.. aaaaaaaaaa..
Cikuuuuuuuu.. cakkkkkkk

eleh.. senyum-senyum pula uols ni ye?
seronok ke tengok weols dah mula mengarang edisi Dokumentari Bandung? Terima kasih lah atas kesabaran uols yang setia menunggu edisi Dokumentari Mv.com's Style ni!

Tapi rasa segan nak mula, sebab nye kan, dokumentari europe tu pun tak habis settle lagi begitu juga dengan dokumentari gold coast.. kekeek

aahhh.. takpe.. ada hari nanti kita publish la dokumentari yang lepas-lepas tu kan? gambar-gambar sume ada lagi.. dari gambar kita boleh ingat kembali detik and peristiwa tu kan? sebab tu la weols ni kalau orang luar tengok, macam jakun je itu nak amik gambar, ini nak amik gambar, padahal sebenarnya, lagi details gambar yang di ambil, lagi fresh memori tu kan?

Ok, tapi sebelum tu saya mau mohon perkenan dari CEO Mv.com kita, Puan Masviona, izinkan saya mulakan edisi Dokumentari Bandung ini dulu ya?

Bismillah.

Ehem ehem.. sebenarnya kan, weols dah tempah tiket ke bandung ni laaaaamaaaaaa dulu. Dah lebih kurang 5-6 bulan lepas masa 0 fare. Tapi tidak lah kitorang dapat yang betul-betul 0 fare pun :( but till, murah lah!
Dan sekali lagi, terima kasih kepada Air Asia kerana memberi peluang orang-orang yang kurang berduit macam kami ni untuk fly ke merata tempat. Ye lah uols, siapa kata kami ni kaya? Orang yang busuk mulut je dok canang kat orang lain "eh eh tgk la diorang tu.. umah lagi, kereta lagi, pastu gi berjalan lagi.. mana ek dia dapat duit?"

kikiki ada ke orang yg busuk ati camtu? eh pasti ada! kan kan kan!
Duit boleh dicari. Alhamdulillah, Investment kitorang kat pembelian rumah weols aritu dah membuahkan hasil. In fact, duit belanja untuk trip kali ni pun mostly hasil dari investment kitorang kat perumahan tu! Dan terima kasih juga untuk teknik OD-ASB yang kitorang praktikkan selama ni! Buat kaki mulut mengata belakang tu, lenkali belajar-belajar la from entry aku yang lepas-lepas aku ada je bagi tips camna kita nak memberanakkan duit! kikikikikiki..

So disebabkan flight ni dah begitu lama kitorang book aritu, sebenarnya kitorang hampir terlupa tau yang kitorang kene travel ke bandung bulan ni. Sibuk dengan urusan sehari-hari. Tup Tup check balik itinerary yang air asia bagi tu, hah kau.. terbeliak biji mata memasing! date untuk travel dah terlalu hampir and yet kitorang tak buat apa-apa persiapan pun lagi!

Maka kelam kabut lah weols buat research sana sini! Cari thngs to do kat sana, hotel, makan minum, shopping area. Nasib baik zaman sekarang semua maklumat di hujung jari je kan? Klik sana klik sini baca sana baca sini, sempatlah jugak weols prepare info.Tak tidak mustahil juga pastinya ramai yang akan masuk web masviona.com ni untuk mencari info tentang bandung kan? haa uve come to the right place.. jangan segan jangan ragu, cedok je segala info n tipis yang akan diperturunkan kat uols ni nanti, part by part.. sekarang kita go through Part 1 dulu ye.


Walaupun air asia  amat weols sayangi ceeeewahh ayat! tapi.. haa ada tapi lagi ni. Airasia ni kerap sangat tukar dasar dan polisi.
Terbaru, air asia mengamalkan polisi web checkin untuk airport lcct pulak.
Bagi aku, ni just tektik dia untuk suruh kita beli seat lah! Sebab kalau tak beli, lepas dah confirm flight je even sebelum web checkin lagi, dia dah assign kita punya seat number dan seat number tu adalah berjauhan! pastu kalau kita pilih nak beli seat, kita tengok kat row belakang tu punya la berlambak lagi seat kosong. So mau tidak mau, kene beli 2 seat lah baru dapat duduk bersebelahan. memang lah tidak mahal, dalam rm5 per seat, tapi ini bagi aku tektik penjualan diorang secara tidak nampak.. hidden cost jugak lah. 


lepas dah wat web check in kat internet, jangan lupa untuk print dia punya boarding pass terus then nanti dah sampai di lcct, boleh terus cari kaunter Baggage Drop macam kat gambar tu.


Percaya atau tidak, weols bawak 1 bag besar ni je!
ehehheheh..

tapi, dalam bag itu ada lagi bag hahahaha..
Aku sebenarnya terasa rugi je, sebab masa book flight dulu aku beli siaap-siap 15kg untuk viona dan 15kg untuk aku untuk flight KL-BDO ni. 
Bila dah packing alahai.. just 1 beg besar ni je leh sumbat semua barang weols.. dan beratnye hanya dalam lingkungan 14kg je. Rugi la portion 15kg aku tu tak diguna pun.


Oleh sebab sistem mengutamakan web check in ni baru diperkenalkan sejak 1 nov aritu, maka masih ramai lagi yang tak aware pasal sistem baru tu. So ramai lagi yang terpaksa berbaris untuk counter checkin.
lama gak dorang kene berbaris.


Sebab dah buat web checkin, just drop baggage je and we are done. terus merayap mencari sesuap makanan di lcct. nak masuk dalam pun takde nak buat apa kan so kita menketedarah dulu yok!



selalunya kalau kat lcct ni, antara McD dengan OTWC je yang selalu kitorang singgah..
but kali ni saje nak tukar selera, try erkk.. apa ek nama restoran tu? alahhh lpa.. yang mawi jadi duta tu!

jap jap aku tanya masviona sat..


haa.. masviona kata marrybrown ;)


perut sudah kenyang..
gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut jom kita ambil gambar lagi!!!!

bersiap sedia untuk mendaftarkan diri sebagai rakyat malaysia yang akan meningglkan negara.
nak pi "cop" passport lah.
Perkataan cop tak sesuai lah guna untuk proses kat imigresen malaysia kan? sebab dia tak cop dah pun.. itu dulu-dulu je cop. Sekarang dia scan.
ok kita tukar.. nak scan passport lah!

Viona sedang mengimbas passport nya.. scan = imbas ye kawan-kawan!
 
I'm leaving on a jet plane! Tiap kali nak berlepas untuk sesi travel weols, sure muka viona hepi cenggini.. saya suke!


Selamat tinggal Malaysia!
 

Hasil dari penambahan fees untuk dapatkan seat, akhirnya kami dapat duduk bersama bersebelah-sebelah.
tak pe lah, bayar lagi rm10 untuk dapatkan peluang duduk bersebelahan.



seperti biasa, perkara wajib bila naik je atas plane Air Asia ni, ialah untuk terus membaca majalah 360 mereka yang mantap penuh informasi itu!
Weols suka majalah Air Asia 360 tu.. banyak info tau!

Perjalanan dari LCCT ke Bandung ni sekejap sahaja.
Kira-kira dalam 2jam 5minit je pun.

Sempat lah semasa dalam flight tu untuk kita bercumbu-cumbuan bukan cumbu muahh muahhhh tu tau! dan berkasih-kasihan adinda kekanda lagi dalam flight. Tidur la lelapkan mata dalam 10-15minit lepas tu sembang adinda kekanda lagi... ekekkeke



Dah adab nak masuk tempat orang, kene la perkenalkan diri kan?
Nanti waitress stewardess akan pass borang immigration dan juga borang declaration untuk bukan warga indonesia.

Borang immigration harus diisi oleh setiap penumpang, manakala borang declaration hanya diisi oleh ketua keluarga bagi 1 famili. ... kekeke.. ayat mudah, untuk 1 famili dan group, borang declaration tu just isi sekeping saje, tak perlu semua ahli nak isi lah!


dah touched down di bandung!
sorry ye, dalam flight weols tak camho pun.. ralit buat aktiviti lain je kekegkekgekgkkehke


aku tatau la napa tetiba je si viona ni kene sampok dengan sindrom camho muncong-muncong kot?
tak kesah lah v, muncong pun muncong lah. tetap cute comel lotteyyyy


Masviona.com's style - tak perlu berebut-rebut untuk keluar awal dari pesawat, dah tentu nanti kene beratur cop passport and tunggu bagasi pulak kan?
kadang kala aku tidak mengerti mengapa sesetengah orang itu sanggup berhimpit berhempas pulas untuk segera turun dari pesawat?




Setelah 2 jam 5 minit didalam perut kapal terbang, Team Masviona.com telah sampai di Bandara Husein Sastranegara, bandung Indonesia. Bandara bermakna Lapangan Terbang = Airport ye!

Turun dari kapal terbang, kita boleh rasa cuaca disini agak lebih dingin berbanding cuaca di Kuala Lumpur.
Maybe jugak sebab langit pun mendung je kan?
Tapi pengalaman weols kat sana pun, memang sana tak terik panas macam sini.. eh itu nanti lah kita cerita part lain!
 

hah.. tu lah.. kan dah kata, kalau ikut Masviona.coms Style, watpe nak berebut keluar from pesawat.. tegok tu semua kene beratur gak tunggu giliran cop passport bagai.. tadi beriya sangat keluar awal berhimpit-himpit sekarang bertemua jua disini.. kikikikiki


airport bandung ni sangat kecil.
Betul-betul kecil.

kaunter immigration dia pun hanya ada 2 sahaja.. 
situ lah kaunter foreigner dan situlah juga kaunter local passport.

beratur panjang sampai terjulur keluar.
mujur lah cuaca sedap-sedap gitu yachhh!


yang mnjadikan proses cop passport ni bertambah lambat ialah proses diorang sendiri tu dah melambatkan.
Mula-mula officer immi tu akan amik gambar kita, kemudian dia akan ambil pula cap jari dan telapak tangan.
tu yang buat proses ni lama sikit.

Tapi, kalau uols dah pernah scan jari n amik gambar kat memana airport di indon, tak perlu lagi lah untuk scan jari tu.
Macam masviona, dia dah kerap pegi jakarta, so dia tak perlu lagi scan jari sume tu.. just cop passport aje.

Lepas cop passport, kita akan ambil luggage.
lepas tu akan ada lagi sekali sekatan pihak kastam pulak.
diorang akan tengok passport n bagasi dimasukkan ke dalam scanner.

tiba turn aku, tetiba dia bagi que kat kawan dia terus kawan dia tahan aku sorang.
dia mintak aku ke tepi.
mula-mula dia minta aku untuk angkat tangan, dia wat body check..... aaaawwww tak rela I di raba gitu.. hahahah
lepas dah body check, dia minta aku duduk sebentar di atas kerusi and dia minta aku untuk buka kasut.
tanpa banyak soal aku ikut je apa yang dia nak.
dah buka kasut, pass kat dia then dia masukkan kasut aku kat mesin scan tu.

fuuhh.. napa ek? muka aku ni muka pengganas ke hahahahahha
or kasut aku tu yang besa gedabak macam kasut nak masuk hutan tu yang wat dia rasa aku nak smuggle something and stuffed it inside my shoes? ekekeke.. penat aku beli kasut tu kat london tau pak! ;) takkan aku nak jadi pengedar dadah pulak
anyway, i respect them for doing their job lah. Dan terima kasih juga sebab cara dia layan aku and inta aku buka kasut, angkat tangan tu sangat polite ;)


Lepas dah selamat segala pemerikasaan kastam tu, terus weols menuju ke luar.
Sepatutnya dah ada orang yang menunggu weols di pintu masuk airport tu sebab weols dah tempah supir siap-siap dari malaysia untuk hari kitorang arrive bandung.

cari-cari, takde pulak sesiapa yang tunggu weols.
terus call supir tu.
"Pak, saya udah sampe di bandara bandung ni pak"
supir- "iya. iya.. ini iapa ya?"
"ini prebet pak"
supir- "loh kalau gitu, habis siapa yang saya bawak ini? katanya namanya juga prebet?"
"ngak mungkin pak!! saya lah prebet yang sebetulnya!!!!!"
supir- "itulah saya juga lagi pusing, di bookingnya under prebet untuk 2 orang, tapi prebet yang ini 5 orang"
"ya pak, saya yang booking... saya yang genuine prebet!"
supir- "iya iya saya segera semula ke bandara"

hah amik kau! ada pula yang menyamar jadi aku! Sungguh tidak beretika rombongan 5 orang tu!
Diorang just sambar je memana supir walaupun supir tu dah jelas-jelas menunggu dan mempamerkan nama aku kat luar airport tu.
kita paham, maybe diorang bawa budak kecil, tapi hormatlah orang lain dah book and bersusah payah cari contact semua, dia senang-senang je mengaku jadi aku and arahkan supir tu untuk hantar dia.

Apa jadi kat group tu aku takmo ambil tahu. Supir tu tinggalkan kat mana, tepi jalan ke, kene caj berapa, lantak sama group tu.

So sementara menunggu pak supir tu pusing balik ke airport, kita kene tunggu lah pulak dulu.
nak pusing-pusing kat airport bandung ni pun tak ada apa-apa yang menarik.

terus kitorang pi rehat-rehat kat pondok kat luar airport ni..


nampak pulak ada pakcik ni jual buah-buah.
buahnya nampak segar and very colorfull

terus decide sambil lepak-lepak ni makan buah ok jugak kan?
beli beberapa jenis buah potong, rasanya ada la dalam 4 jenis buah. 
papaya, nenas, mangga dan jambu air.
semua sekali dalam rp12k aka rm4
ok la not bad


so, jemput makan ibu-ibu bapak sekalian! manis dan enak rasanya ;)

Kitorang menunggu selama hampir 20minit jugak lah untuk supir tu sampai semula ke airport.
sampai je terus ulang kali dia minta maaf sebab dia tak tau orang tu just menyamar je.

Terus kitorang naik supir tu.. ke mana? dah tentu bukan langsung ke bandar bandung, tapi ke lokasi lain.. kalau ke bandar bandung e kitorang tak sewa driver, sendiri-sendiri je jalan.. ni sewa driver bagai ni nak ke mana?

itu nanti lah Part 2 tak lama lagi!

yebba yebba

Cuti-cuti cuti bercuti vacation bandung

MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

8 Comments Uols:

Suziey Ahmad said...

mane avin? uols berdua je ek..ala2 honeymoon la ni:p

eh ye ke klu xbeli seat dia akn bg seat jauh2? tu applicable utk overseas je ke? so far aku book utk local xpnh beli seat tp dpt seat sederet 3..hmmm good info ni..xkan nk dok jauh2 kan..

aku nk gelak la ko ckp ngn supir tu..adeiii..ade gk org camtu ek..main sebat jek org pnya..

ko mmg dh ade contact supir kt sana yek..o ye la viona dh slalu g sana ek..ke korang cari tru intenet?

prebetsabu said...

dah aku agak.. kalau entry pasal travel, musti akak suziey akan jadi org terawal komen.. dan jugak itu sis cjgotravel tu.. tapi dah lama tak tgk dia masuk mv.com :(

bab seat, berkuatkuasa 1 nov 2010, diorang implement system baru.. dorang akan utamakan web checkin.. counter akan dikurangkan so berbaris panjang lah nanti kalau tak web chekin. seat akan di assign sejurus lepas confirmation of booking! kalau tgk iterinery dah ada nombor seat sesiap dah pastinya tidak sederet (unless u r very lucky) kalau nak sederet kene modify booking tu n BELI seat. tak sure applicable kat international or domestc as well, rasanya semua.

bab orang tangkap muat sental supir org lain tu, mmm.. no further komen lah.. ragam manusia ni memacam kan? menyusahkan kami!

viona tak pernah pegi bandung. supir tu kitorang dapat contact thru internet research. nak ke nombor dia?

prebetsabu said...

and yes, ala2 honymoon lah.. infact november is our 6th anniversary ;)

attyfir said...

suka baca entry ni ..mana tau kalo ade rezeki.len kali kty lak nak gie..

gambar kt bandung ni uols nampak muda belia ar..

prebetsabu said...

kakty insyaallah.. ala tambang airasia pun dah murah time promo.. siap kan duit belanja je sikit2.. yang penting dapat pengalaman tgk tempat orang..

muda ek? kalau camtu nak gi bandung lagi la always kelihatan muda gitu hahahaha

Suziey Ahmad said...

oic..happy anniversary to both of u..hehe..n3 travel harus xmiss..perlu tu kutip info..ekekeke:p

ok gk klu nk bg no supir tu..lagi senang gue..hahahaahah..

Nadot said...

salam..terlompat ke blog ni dok carik info psl bandung coz insyaAllah nk gi bln 12 nnt...
nak mintak nombor supir boleh?..hehe
korg berdua supir bawak gune kete ape n brpe rate dia?..sbb kitorg nnt gi berdua je gak...
ske bace blog ni..byk info..mekaseh eh.. =)

prebetsabu said...

Nadot... uih main terlompat terlompat plak ko ek? ;)

rasanya bab jenis kete n rate weols dah erita kat Part 2. Suzuki APV and rp400k sehari.. tapi kitorrang amik mmg sehari tu je.. kalau g erua, elok lah g jalan sendiri naik cab or angkot mcam weols. best! takde bazir...

suka baca blog ni? eh sama lah kita aku pun suke baca blog ni wakakaka...

nak no contact supir boleh email pada aku or masviona sediri

prebetsabu at yahoo dot com
masviona at yahoo dot com

mekaseeeyyyyyyyyyyy

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!