Header

Friday, November 12, 2010

Dokumentari Bandung - Part 4: Dinner, 1st Encounter with FO and Hotel

alaaaaaaaaaaaaaaaaa.. jangan aa marah... saje je aku schedule pagi tadi entry mengusik korang..
hamboi.. berkobar-kobar ek korang menunggu entry Dokumentari Bandung ni ye?
kikikikikiki..

ok ok yang ni real pnya story.. ayoo.. kita mulain.
lepas dah berjimba-jimba kat air panas Sari Ater dalam episod sebelumnya ni, makanya perut weols pun dah berjimba-jimba menari rock dah..
lapar weehh.. tak makan berat lagi.. makan buah and Ketan bakar tu je dari siang..

bab makanan sini kat bandung, insyaallah tak perlu risau.. sebab 90% of penduduk bandung ni ialah Muslim. Makanya makanan halal adalah di merata tempat.

Dalam kepala weols ada 1 tempat ni yang weols nak pergi.. Restoran Kampung Daun
rata-rata kat research weols ramai rekemen restoran tu..

"Pak, saya dengar restoran Kampung Daun popular ya pak di sini"
Supir- "Iya.. ramai wisata makan di sana.. tapi local di sini enggak makan di sana.. mahal bagi kami"
"oohh.. apa yang menarik di sana pak? Atau pak bisa recommend kami restoran yang lain untuk dinner? "
supir - "yaahhh.. di kampung daun kamu bisa lihat daun-daun aja sih hahahahahahahahah.. mau enggak saya bawakan di Dago Atas.. di situ kamu boleh melihat pemandangan dari atas bukit."

hahahahhaha sabar je la dengan Pak supir weols ni.. tapi iye jugak.. kat kampung Daun susun atur dia buat dalam taman gitu kan? tadi dah pergi air panas pun dalam taman jugak.. apa kata kita try dago atas tu pulak.. atas bukit..

"Mahal ngak pak restoran tu? kami bukan wisata mewah pak hehehehe"
supir- "enggak.. sama kurang lebih seperti di kampung daun saja"
"ok pak.. come on lets go" yang ni aku tambah perisa je.. hahahaha



Pemandangan sebegini adalah lumrah di bandung, mahupun di indon rasanya.. motosikal sini sarat membawa barangan jualan.. buah-buah, kain, kayu dan pelbagai!
adakalanya kita tak nampak pun motor tu sebab kita akan nampak muatan dia je melimpah ruah!


dari Sari Ater, menuju ke Dago Atas ni, uuumaakkk aiihhh mengerikan betul jalan dia..
kita akan dibawa menelusuri jalan di tebing bukit!
bebetul lereng bukit.. jenguk kepala kat luar, korang akan nampak gaung..

kalau kita tengok jauh, memang nampak cantik betul scenery dia.. tapi kalau korang tgk tebing bukit tu n keadaan jalan dia, kecut jugak rasanya..
di tambah dengan jalan dorang yang sempit.

aku pikir ini jalan pintas kot nak gi sana.. sebab dia lalu kawasan kampung.. bebetul kampung!


yeahhh selamat sampai di restoran and cafe Sierra..
ada free wifi di sini..

menu.


itu air ungu tu bukan blueberry ye.. tapi air BLACKBERRY
huhuhu.. sedap weh air blackberry tu..
tapi aku carik-carik gak mana button nak send bbm kat air tu wakakkakaakka

dia juga bagi complimentary appetizer berupa kerepek apa benda ntah..
tapi sedap jugak.. macam disalut cheese gitu..Rasa dia lemak lemak gitu.. rangup!


betul kata pak supir tu!
pemandangan di sini lebih cantik!
tapi ujan renyai lagi lah! tak boleh nak duduk kat luar tu.. alaaaaaa

udara sini jugak sangat sejuk.. maybe sebab masih lagi di kawasan bukit kan?
kalau yang jenis tak tahan dingin tu, better pakai jaket..


lihat lah.. ambient dalam kedai ni.. sangat nyaman..
kelihatan sangat eksklusif kan?

tapi dalam hati aku.. "alamak.. ni kang berapa plak lah ni kene sembelih...aku takmo la habis mahal2 kat restoran cenggini.. bajet dah la ciput ni"

tapi lepas tengok menu dia, convert duit malaysia.. "eh eh.. macam makan kat restoran biasa je harga dia.. ok ok lega.. boleh makan ngn aman!"

betul.. harga makanan dia biasa biasa aje.. kiranya macam standard makan kat malaysia lah!
tapi dengan suasana eksklusi gini.. sangat berbaloi!

salad kegemaran weols.. ceaser salad.. mana-mana tempat yang ada hidang salad ni for sure weols akan order!


dan pastinya kita akan try menu local dish dorang..
kat indon ni kan negara yang besar.. setiap daerah ada makanan dorang sendiri..
Sierra ni hidang dish from bali..

banyak restoran lain kat luar tu hidang dish Padang n Minang.
maybe Bandung takde special local dish kot? maybe.

ini masviona punya..

nasi dengan satay ini pulak, aku yang punya!

aku sangat tertarik dengan keropok melinjau dia.. eh camna nak spell? Melinjau, melinjar, belinjau?
alah tuu.. keropok tu la..

dia goreng keropok tu ada rasa masin2 sikit kat bahagian luar.. bila kunyah baru rasa pahit kelat dia.. tapi pahit kelat dia tu pun mild sangat!
sedap!



View dari Sierra... sorry gambar gegar aku tak bawak tripod and aku sedikit kesejukan.. hahah
memang seronok kat Sierra ni.. membangkitkan rasa keromantisan.. ketenangan dan makanan juga enak..

berapa lubang pada poket weols?
korang agak-agak lah berapa?


untuk hidangan 2 orang beserta juice segala bagai, kita di caj dalam rp150k termasuk tax..
dihitung dalam RM, oohh.. baru rm50.. ok kan? kiranya dalam rm25 sekepala la dapat makan nasi sedap, salad, air juice pekat tulin, suasana ekslusif lagi.. 

lepas dah kenyang, haa.. kita kan pelancong.. kene la jadi jakun..hahaah  jom kita tengok2 terjah suasana dalam restoran ni!

2 tingkat.. boleh pilih nak duduk atas or bawah.

kaunter reception and cashier.. Sierra pernah menang beberapa anugerah, tempat makan terbaik tahun-tahun lepas.

Entrance.. ada cii-ciri Bali.. dia bubuh pasu n lilin.. sweet

lepas dah kenyang, leh lepak sini.. ada ruang lepak n bacaan.

makanya selamat lah sudah weols dengan dinner weols...

kalau orang lain kebiasaannya akan tidak melepaskan peluang untuk dinner di Kampung Daun, tapi, this is Masviona.com's Style lah! kita dinner di atas bukit.. Sierra Cafe.
"Pak.. sebetulnya kami boleh guna perkhidmatan pak ni sampai jam berapa?"
supir- "jika diikutkan, saya bisa bawa kamu sampai jam 9-10pm"
"oh.. kalau begitu pak, sekarang ni masih awal.. baru jam 8pm tapi kami enggak punya apa apa lagi rencana"
supir-" ya pak.. mau enggak saya bawakan bapak n ibu ke FO?"
"ada lagi enggak FO yang buka jam sebegini pak?"
supir -" yahh tentu ada! kebiasaannya FO tutup sekitar jam 9-10pm"
"wah bagus sekali pak.. ayo pak kita ke FO"

Bagus pak supir weols ni.. tak pandai nak curi tulang..
kitorang dah kata kitorang takde apa aktiviti.. kalau dia jenis nak curik tulang balik awal, sure dia soh kitorang balik hotel je kan? tapi ni dia suggest kita untuk cari memana FO yang masih buka..
wahhhhh cayalah Pak.. tak membazir lah weols tempah kalau camni.

Dari dago atas nak turun tu dalam 15 minit gak lah..
dan sampai lah kitorang ke area Dago.. Dago bawah..
kawasan Jl Dago ni memang terkenal lah dengan deretan FO..
bukan kawasan Dago je.. banyak lagi kawasan lain spt Jl Riau, Jl Cihampelas, Jl Sukabudi dan semua jalan ni kitorang terjah! semua jalan ni boleh tahan lah jugak jauh di antara satu sama lain...tapi bukan time ni.. time esok-esok lah


dan kitorang pun stop di sebuah FO - Central namanya...
aku sedikit letih dah masa ni..
mana taknye, dah perut kenyang dah kan? hahahaha


tapi lihat saje pada Cik Puan Viona kita ni..
tetiba masuk je FO terus muka dia jadi segar bugar.. ewaahhhhhh
dalam kereta sempat aku pesan kat viona-
ps- "ok v, kita pegi ni khas untuk survey2 je dulu ek.. jangan isau. iterinery kita memang complete ada untuk shopping ye!"
mv- "ok b.. takpe jangan isau.. kita survey je dulu............"

korang percaya ke tak? SURVEYYYYYYYYYYYY????

hah survey la sgt!








 muahahahhahha.. mv ku sayang, kalau survey, kenapa perlu pegi bayar di kassir (org indon panggil cashier)..
surveyyyy yeeeeeeeeeeeeee..



muka gambira bersama barangan "survey" huh!

rata-rata setiap FO kat sini bahagian luarnya akan ada cafe camni..
pandai oohh diorang.. dah letih shopping, or sementara tunggu partner shopping leh lepak-lepak minum dulu..

ok setelah tamat "survey" Central FO tu sampai dia pun nak tutup dah, maka jom lah kita checkin hotel..
ahhaha korang perasan tak, sejak sampai bandung ni, mana ada ktiorang checkin hotel... kekekee ni lepas puas berjalan baru nak checkin..

tapi jangan risau, aku dah maklum pada hotel tu untuk hold booking kitorang sampai kitorang checkin malam ni..
untuk info, rata-rata hotel 3bintang kat bandung ni korang just boleh booking by phone je.. bagitau nama and date je..


weokey.. dah sampai hotel
Progo Hotel di Jl Progo, amat dekat ngn segala macam FO kat Jl Riau... belakang hotel Progo ni ialah Heritage FO yang glamer itu



 Bilik yang kitorang ambil ialah jenis Deluxe. Boleh tahan gak bilik dia.. lengkap lah.
dan yang bagusnya, sebab dia dah tau bilik ni ramai orang malaysia yang duduk hotel ni kot, dia dah siap tukar plug kat bilik ni.. daripada plug point indon, dia tukar 1 kepada plug point yang sama macam Malaysia pakai.

Plug point kat indon ni yang lubang 2 tu.. kita yang lubang 3 ;)

tapi still, kalau travel negara orang, better sesiap bawak universal plug point tu.. so convinient!

Rate sini?
Untuk Deluxe Room, weekdays around rp230k, weekend rp280k ;) quite cheap lah! not even rm100 per night, including breakfast.

Bilik nya bersih. Tv ada banyak channel. tapi air panas shower dia pelik sikit.. kene buka dulu lama-lama biar dalam 2-3minit baru terasa panasnya.. dia pakai central heating system.. maybe sebab tu lambat kot sebab tak cukup power kot central system dia.. maybe..

and walaupun hotel ni murah and 3star je, tapi dia ada perkhidmatan Bell Boy tolong angkat beg.. bukan macam hotel kat malaysia yang macam weols komplen aritu kat SINI hahaha

weols sangat lucky sebab dapat bilik di tingkat bawah sahaja... hotel ni tak silap ada 4 tingkat.. tapi sadly, takde lift!

badan sudah letih.. dari kapal terbang ke gunung berapi ke air panas ke lereng bukit ke shopping..
fuhh.. pack padat sendat arini..

jom tido!

esok? Jenjalan Pasar Baru wohoooooooooooooo
next episode Part 5 ye!


daaaaaaaaaaaaa............


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

1 Comments Uols:

CathJ said...

ala... bro... org pompuan ni... survey maksud nya lain... kekekekkekek....

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!