Terus terang aku hendak beritahu, sudah gak terlalu lama weols tidak berkunjung pulang ke kampung halaman, baik di Kelantan mauhupun yng dekat di PJ ni sorry ye Mama & Abah, Mek & Ayoh, tak kesempatan lah! But kalian semua senantiasa berada di hati weols!
Bila tiba hujung tahun ni, seperti tahun-tahun sebelum ni, lagi lah membuatkan weols liat nak balik kampung. Sebab apa? Sebab di Pantai Timur, hujung tahun macam ni sellunya ada pesta air banjir! Dan tidak lupa juga pesta tanah runtuh!
![]() |
credit to google |
Jika diintai-intai melalui dada akhbar juga sudah terdengar isu banjir terutama di Kedah dan juga di Besut Kelantan. Pasti tidak berapa lama lagi, Kawasan Pasir Mas, Kuala Krai dan sekitarnya pula yang akan mengalami masalah banjir.
Mujurlah kampung weols di Kok Lanas selalunya tidak terkena dengan tempias banjir, tapi tetap juga tidak selesa dek kerana hujan yang berpanjangan. Aktiviti harian kerap terganggu tiap kali tibanya musim hujan. Tiadalah lagi aktiviti di kebun-kebun, dan sukarlah juga aktiviti jualan harian dek kerana ramai yang memilih untuk tinggal di rumah sahaja.
Penyakit juga akan meningkat kadarnya. Sudahlah kebelakangan ini kes denggi di kelantan berada di tahap yang membimbangkan, ditambah pula denan musim hujan tengkujuh, lagi memburukkan keadaan.
Buat mereka-mereka di kampung halaman weols, sentiasalah berwaspada di musim hujan ni. Jalan akan menjadi basah, maka berbahaya buat kenderaan. Peka la juga terhadap amaran-amaran pihak berkuasa berkenaan keadaan jalan yang ditutup dan juga amaran tanah runtuh. Pastikan seisi rumah hanya meminum minuman yang telah dimasak, elakkan jangkitan kuman serta cirit birit, dan yang paling ditakuti, elakkan jangkitan taun.
Juga pesanan khas untuk adik-adik sekalian, memang pada musim tengkujuh lah peluang cerah untuk korang semua bermain air kan? Tapi berhati-hatilah, jangan terleka dan mengundang bencana.
![]() |
credit to google |
Semoga musim tengkujuh kali ini tidak mengorbankan nyawa seperti mana musim tengkujuh pada tahun-tahun lepas. Dan semoga Hri Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi dapat disambut dengan meriah!
Doa kami Team Mv.com buat semua yang berada di kawasan banjir, moga semuanya dipermudahkan.
MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
2 Comments Uols:
Alo ...pembetulan....Besut tu kat Ganu la
ala tinie.. kasik can la..
buke ke sempade? oghe besut pun kecek klate hehehe
Post a Comment