Header

Thursday, November 11, 2010

Dokumentari Bandung - Part 2: Tangkuban Perahu

hai... Pak supir.. pak supir..
macam mana lah pulak boleh ko angkut salah orang ni? ekkekekek

takpelah, percutian kitorang kali ni memang penuh dengan cabaran nampak gayanya! ;)
dalam 20 minit tunggu supir tu patah balik, akhirnya tiba jugak dia.


kita dibawa menaiki kalau tak silap aku Isuzu APV kot?
aku pun tak sure sangat apa model kenderaan dia ni... tapi semacam sebuah MPV.
total cost sewa harian kenderaan with supir ni dalam rp400k.

Strategi weols, untuk jimatkan duit, kami hanya sewa kenderaan ni untuk sehari ni sahaja, itupun sebab dalam perancangan untuk pergi ke kawasan yang jauh sedikit.
Setakat dalam bandar bandung, for us, membazir je sewa supir sampai rp400k (rm140) ni sebab lebih jimat and adventure if naik Angkutan Kota aka Angkot dan juga taxi. lagi pun, kat kota bandung sana nanti sure korang plan untuk shopping all day long kan? so tak berbaloi lah!

tapi kalau uols travel ramai sangat, sewa je lah supir ni.. bahagikan kos sesama korang tentu lebih jimat tapi kurang adventure lah of course!

again, its our style, Masviona.com's Style tak lama lagi ada la yang tiru tag line ni.. macam team Masviona.com pun dah ada org yg tiru nampak gayanya hahaha.. peace uols!

Makanya, ke mana kah hala tujuan kami dengan ber supir bagai ni?
kita pergi ke area Tangkuban Perahu terus!

Kenapa weols pilih untuk terus ke tapak pelancongan?
Menurut Teori Pengembaraan Team Masviona.com, adalah lebih baik kita susun aturkan lawatan ke tapak pelancongan terlebih dahulu berbanding tapak membeli belah, kerana pengembaraan akan lebih bermakna jika dapat melihat pelbagai ciri yang unik sesebuah kawasan, berbanding hanya berbelanja untuk membeli belah.
Korang bayangkan lah, if korang terus terjah shopping, tup tup korang tak pandai bajet, itu nak ini nak, last-last korang dah kering takde bajet untuk gi melawat kawasan pelancongan and attractive places yang lain!! haaa rugi lah!

That's y sengaja aku aturkan percutian weols pada hari-hari awal, terus gi kawasan unik. So that lepas kita dah terjah tempat-tempat unik dan menarik ni, segala wang yang kita ada adalah solely untuk dibelanjakan! tak kira lah untuk shopping ke, foods ke, jajan ke etc lah!

Perjalanan ke gunung tangkuban perahu mengambil masa kurang lebih 1jam daripada airport bandung. Kalau nak naik angkot pun bole, tapi leceh la kene tukar 3-4 angkot. So untuk tenang-tenang melawat wisata (bahasa indon, bermakna kawasan perlancongan) baik sewa aja supir all day long!



on the way tangkuban, sure akan lewat satu deretan jual nenas.
mungkin nenas ni lah yang kitorang makan tadi... rangup dan manis sungguh!

Weols diberitahu oleh pak supir, segala buah-buahan especially strawberry banyak di tanam di area Subang..
bukan subang kat malaysia tu.. ini subang di bandung.. on the way ke tangkuban ni area Ledeng akan nampak signboard Subang.. situ lah dorang byk tanam strawberry .. boleh jugak pi kebun dia untuk self pick strawberry itu!

Dalam perjalanan, driver berhenti pulak untuk isi minyak..
sambil river isi minyak, mai plak sorang penjual jual makanan..
nama makanan itu ialah - Ketan Bakar

Tak silap, dalam rp5000 untuk 2 ketul Ketan ni.. 
seketul weols try makan, seketul lagi kita bagi sama driver..
senyum sampai ke telinga dia ;)


Basically, Ketan Bakar ni more towards pulut bakar lah..
tapi lain sikit..
pulut dia ak berapa melekit melekat-lekat macam pulut kita..
more macam nasik lembik gitu ;)
pastu digaul dengan kelapa..

boleh tahan sedap jugak ketan ni..
kebetulan weols yang baru turun flight, makan buah je pastu nunggu supir tu kan..
so pekena ketan ni perrghhh.. best

Lepas isi minyak ni, weols dah bole nampak kenderaan kita naik ni akan mula memanjat bukit.
Jalan raya kat area bandung ni teruk jugak.
berlubang-ubang and sempit

untuk masuk ke kawasan wisata Tangkuban Perahu, setiap pelancong akan dikenakan bayaran..
untuk pendatang asing tanpa izin macam kita ni,  sila sediakan rp50k seorang.

Lepas bayar tiket tu, terus naik..
sini jalan dia lagi lah ya Allah teruk sangat..
kitorang rasa macam naik kereta kuda je time tu melompat-lompat duduk kat dalam tu.
sengaja driver tu suruh kita buka tingkap
"Pak disini udaranya nyaman pak, boleh dibuka kaca"

terus buka tingkap kreta tu.. waahhh sejuk..
tapi jangan pulak tetiba ko pergi ketuk kepala orang sebelah ko and tuduh dia terkentut ke apa ke.
sebab area situ memang bau busuk..
bau belerang gitu.. sulfur ke apa ntah nama saintifiknya..


dan ini lah dia.. Kawah Ratu di Tangkuban Perahu yang glamer itu..
kawah terbesar di tangkuban perahu ni..
ada lagi kawah kawah lain.. dan yang lain tu masih aktif..
kalau nak pegi kawah lain pun boleh.. boleh mandi lumpur gunung berapi.. berkhasiat katanya..
tapi kene upah guide.. sejam rp200k.

keluar saja dari kereta, kita akan didatangi oleh beberapa orang penjual souvinir
taktik dorang ni licik sikit..

ada 2 kategori penjual ni..
1- kategori datang terus kat kita dan terus tunjuk barang jualan.
2- kategori yang tak tunjuk barang jualan terus, dia explain kita pasal tangkuban perahu ni, bawak kita jalan, tolong bawak barang dan lepas dah habis "tour" dgn dia baru dia keluarkan barang jualan dia.

untuk kategori ke 2 tu, memula diorang akan begitu ramah dengan kita. 
Siap explain perihal sejarah tangkuban perahu, lagenda sang kuriang yang jatuh cinta pada ibunya kemudian pinangan ditolak sehingga dia mengamuk dan menerbalikkan sampan.. itu lah dia rupanya gunung tangkuban perahu aka sampan yang terbalik ni.
weols yang sememangnya dah ready dengan info and research pasal penjual-penjual ni, makanya weols pun take advantage of them while we can..
memang weols pergunakan khidmat mereka sepuas hatinya.
"Pak bisa tolong ambilkan foto kami"
penjual - "ya bisa aja.. "

so enjoy gambar-gambar yang diambil oleh kawan-kawan baru weols ni!

Team Masviona.com were here!


Bersungguh kawan baru weols ni panjat batu atas tu untuk ambil gambar weols dari angle menjunam camni.. nice Pak!

Berlatar belakangkan kawah Ratu

Weols bernasib baik, time weols sampai and bergambar ni, tiada kabus.. tapi lepas kitorang bergambar, orang lain yang baru nak bergambar kecewa sedikit sebab tetiba je kabus tebal mai.. kene tunggu lama bau kabus tu hilang ;)





kat deretan gerai-gerai jualan souvenir

ingat lagi tak pasal entry viona ada cerita teaser pasal kayu batik kan? ni lah dia kayu batik yang dah siap dipotong.. ukiran tu original.. just kupas je kulit kayu tu and dah memang ada corak ukiran dah. cun!
ni pakcik tengah kupas kulit kayu batik tu.. senang betul.. kupas je then dah siap cantik.. secara semulajadi.


sempat lagi viona mencari sehelai dua tshirt kenang-kenangan tangkuban perahu
 
juga ada dijual serbuk lumpur from kawah gunung berapi ni.. dikatakan elok utk mengubati penyakit kulit


air yang ada kat kawah ni mrupakan air takungan dari hujan.. bukan air punca dari mata air... tapi tak pernah kering dan tak pernah melimpah.. camtu je takat airnya.







kat area ni korang akan tengok banyak pokok ni.. dikatakan, pucuk daun pokok ni dan juga buah nye yang sudah masak, elok untuk awet muda.. rasa daun ni ala-ala pudina sikit.. sedap! hehehe





panjat batu and posing gaya superman la kononnya ni.

aku ajak viona panat sekali dia takmo pulak.. hihiih..

perhatikan dahan pokok ni.. hitam kan? tapi itu bukan warna asal dahan pokok ni.. warna asal dia kemerah-merahan.. cuba tengok bebetul. Kenapa jadi itam? sebab habuk dan debu dari belerang! so korang jangan la ada keinginan nak duduk atas ni sampai dua tiga hari.. kang korang jadik itam! kikikiki

perhatikan pulak gambar ini.. itu ialah viona kesayangan hati saya sedang main cikuuu cakkkk dibalik pokok







ok.. jangan gelak.. itu bukan fesyen tutup kepala ye.. itu sebagai langkah keselamatan.. kebetulan masa tu ujan renyai turun pulak tapi weols tetap nak bergabar.. so kawan baru weols tu inta aku lapik kepala sebab ujan situ bahaya sebab belerang tu nanti bisa pusing kepalanya pak!


ekekekke...
penjual- "ok pak, pak sama ibu berjalan turun dari tangg itu dan saya ambil gambarnya"
wah.. macam2 ko ek soh kitorang berposing macam pengantin baru la plak punya photoshoot!!!
ekeke.. takpelah. sempena anniversary weols gak ni november ni!

so lepas tu tamat lah kitorang berjalan-jalan di tangkuban perahu..
total time spent kat atas ni ada la jugak sejam lebih nak dua jam jugak.

lepas dah otw nak pegi kat kereta tu baru la kawan baru weols tu tunjuk segala barang jualan depa..
kita pun beli la something lepas tawar..
memang depa akan buka harga tinggi gille.. tapi kita tawar la ikut reasonable price.. dan juga kita pikir-pikir lah kita dah guna khidmat ia kau kau kau tadi.. pegangkan beg, angkutkan barang belian, ambil gambar siap posing begitu bgini, bagi penjelasan dan sejarah tangkuban ni.. so kita bagi biar ikhlas niat dihati ;)

dan kitorang sambar juga buah ini:-


 yeeeeeeaaaa.. buah strawberry yang paling manis pernah kami taste!
pak supir weols kata memang buah strawberry situ manis-manis sebab dah tak berapa original..
dia kata dorang dah sira dalam air gula.. sebab tu manis.
weols dah tau, tapi still nak jugak beli sebab tersangat la sedap!!!!!!!

ok tamat tangkuban perahu..
next!!

"Ok Pak supir.. kita langsung ke tempat yang hangat dikit ya pak?"
supir - " baik pak bisa aja saya bawakan ke XXX"

xxx itu ialah.... next episode!!!!
hahahahahahahaha 
daaaaaa..


MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

7 Comments Uols:

attyfir said...

puashati dpt tgk gambar..pun jadik ler..

bagus betul tukang tangkap gambar tu..berbaloi2..byk gambar dia snap

Atie Yusup said...

mmg syok kat sane atie pun nak g lagi la.... tp aritu g ngan kengkwn so lepas ni g ngan hubby la

Suziey Ahmad said...

ooo kt sini la tpt org slalu bergambar..hehe..dasat btl ek tgk btg pokok tu jadi itam cenggitu sbb debu /belerang dr kawah tu ek..mcm2 kisah dongeng ek..bgs2..

pandai korang menggunakan khidmat sepuasnya..mmg good info ni..so sblm dia pau kita ngn brg jualan dia gunakan dulu khidmat dia kan..ala2 tourist guide..hiks..siap tlg amik gbr..pndai gk pak supir ni amik gbr guna DSLR yek..ekek:D

agk2 bape bacaan gula kt stoberi tu..ekke;D emm masam2 manis mmg layannnn even xori..asalkan rsnya segar..else kt mmg mkn stoberi cicah ngn something sweet kan..

Masviona said...

atty,
haah kty mmg keje dia tolong kita snap gambar siap suggest kat kita lagi posing kat mana2...:)

atie yusup,
itu maknanya dia nk soh atie g ngan hubby lah plak tuh lagi skali...hiksss

Masviona said...

suziey,
tulah itu baru batang pokok kan...huhuhu. tp if tgk kulit org2 kat kaw tuh pun mmg agak gelap sket kulit depa

diorg tolong snap je...setting dh sesiap before bagi kat diorg....hehehe

tp rasa dia mmg fresh lah...sedap sgt

Hezesuze said...

walaupun tak pernah jejak kaki lagik kt sana tapi bila tgok picta uols berdua nie macam weols lak yg jadi camerawoman nye ahaksss

Ruggedmom com said...

Askm. I pun dah pg sana thn lps, kenapa u tak turun kat kwh putih tu? adventure betul tau!

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!