Sementara weols persiapkan Dokumentari Bandung, apa kata aku sharekan sedikit pasalbag ni.
Masa di area Cihampelas, dekat ciwalk, aku terserempak lah dengan sebuah kedai ni yang khusus menjual bag-bag dan baju tshirt yang ala-ala ganas.
Macam-macam design beg yang ada. Ada rupa keranda, ada rupa duri, rupa tengkorang.
tiba-tiba aku terpandang beg yang ini:
![]() |
The Reaper |
Terus panggil mamat penjual tu dan minta untuk tengok beg tu dengan lebih jelas.
Tebal dan besar begnya.
Aku jeling-jeling MV, dia pun jeling-jeling balik kat aku.
Tapi aku jeling manja, dia balas jeling tajam!!!!!
Pulak tu ditambah dengan mamat kedai tu tanya aku "Pak mau beli untuk anak ya pak?"
Adoiii...
Kenapa pulak aku nak beli beg cenggini untuk anak? Aku nak beli untuk diri sendiri lah!
terus MV kata aku ni tak sedar diri ahahahhahaha
dah tua tua macam ni pun nak beg untuk budak remaja!
Alaaa.. kalau pun nak beli beg ni, bukan untuk diguna hari-hari, cadangnya nak beli untuk guna semasa ride with JerkahSerakah tu!
Murah je beg ni, dalam rm50 sahaja.
Yang menjadi misteri, kenapa aku walau dah berkenan kat beg tu, tapi aku tak juga beli?
aaaiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhsssssssssssssss
Kene repeat gi Bandung ni!
*Rasa macam nak call je orang sana and minta diorang poskan ke malaysia. Hah.. macam cadangan yang bernas je tu!!! (sambil wink wink manja kat MV)
MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD
0 Comments Uols:
Post a Comment