Header

Monday, November 15, 2010

Dokumentari Bandung - Part 5: Pasar Baru... Perghh Juling Mata weh!

Ayooo Bapak & Ibu sekalian...
kita teruskan Siri Dokumentari Bandung Masviona.com's Style..

Ok.. part yang lepas aku dah cerita yang kitorang dah checkin ke Hotel Progo di Jl Progo.
Begini lah rupa paras hotel itu-

depan pintu masuk.

3 tingkat je.. tapi maaf ye, takde lift. Mujur luck ktiorang dapat tingkat Ground Floor je



Hotel ni juga sediakan breakfast, inclusive. Tapi jangan la expect variety sangat. 
Sepanjang kitorag kat sana, menu breakfast diorang lebih kurang sama je, Nasi Kuning ni. Sorry weols tak tertanya pula nama sebenar nasi ni. But ok juga, boleh ditelan lah makanan dia.

KENYANG!

Selain dari nasi ni, ada juga disediakan roti bakar ;)
Air pula, teh O dan kopi. Jus takde ye. Owwhhhh dan juga ada air kosong hehehehe


Breakfast adalah dari jam 6am sehingga 8am ye!
Selalu kat malaysia, 6am till 10am kan? hehehe.. itu malaysia, ini indonesia lah.
Kat Bandung ni, jam 6am dah macam jam 8am semenanjung malaysia. Dah terang benderang.

Memandangkan kitorang takde benda nak rush, dan kitorang travel sendiri tanpa Supir or tour guide, so masa adalah weols sendiri yang arrange.. hehehe

Makanya, kitroang breakfast awal, seawal jam 630am lagi dah breakfast.
Tak perlu rush, santai je.


Untung breakfast awal ni, orang lain tak mula breakfast pun lagi.
So tenang dan aman lah untuk kita bersantai-santai ;)


lepas pekena nasi, lepak lagi minum kopi and teh dalam 5-6 cawan hahaha
betul.. memang best bila kita takde benda nak rushing ni.
kalau time kerja, bangun pagi je semua rushing.. nak hantar anak, nak bersiap untuk ke office, jalan jem etc etc..

so kita pergunakan cuti kita semaksima mungkin untuk rileks.. takde apa yang kita nak rush.. heaven!
lagipun lepas ni kang kita dah nak trjah shopping so sure penat kan hahahah


lepas dah puas bercengkerama semasa breakfast, kita balik bilik and prepare untuk journey kita pulak.
Tuu dia CEO kita tengah khusyuk study & refresh point-point research pasal Bandung ni..
hehehe.. study jangan tak study!

alaa.. dia study pun part shopping aje!
Part FO mana yang best, barang apa, etc.. hahahahhahahahahahahhahahahahaaha
matiklah aku kene marah dengan masviona ni nanti bila dia baca 

kekekekekekeehhhh


Muka penuh ilmu viona hahaha
lepas dia dah study isi penting, terus weols meneruskan perjalanan.
Dari hotel ni kene jalan keluar sikit dalam 300meter untuk ke kawasan FO di Jl Riau.


Suasana awal pagi di bandung ni, agak tenang je, tak serupa time peak hour diorang.
Time ni lebih kurang jam 9am.
Aman damai je lagi area Jl Riau/Jl Progo ni.
Sebab ni kawasan FO, dan FO hanya mula dibuka dari jam 10am-10pm.


Dah bagitau dah kan?
Hotel Progo kita ni just di belakang Heritage je..
Jalan kaki dalam 300m kebelakang hotel, dah jumpa Heritage dan deretan FO lain.

hahaha.. Heritage tak buka pun lagi weols dah sakan bergambar.. tenang je rasa macam Heritage ni weols yang empunya!


Bersebelahan dengan Heritage ni ialah sebuah lagi FO yang tak kurang popular juga.
The Summit.

Tapi plan kita untuk hari itu bukanlah untuk berjalan area Jl Riau ni, sebab tempat ni sangat dekat dengan hotel weols, so weols pilih untuk berjalan ke tempat lain yanng jauh-jauh dulu!
Dan kitorang pilih untuk terus ke Pasar Baru.

Yeeehuuuuuuu


Macam mana nak ke Pasar Baru dari Heritage ni?
Ooohh senang saje!
weols naik taxi je ahhaha

Memula cadang nak naik angkot.
Dan tanya orang area situ, weols kene tukar 2 angkot untuk sampai ke Pasar Baru.
Then weols pikir punya pikir punya pikir, aahhhhh nak teksi je lah! 

Ni aku nak ajar korang ni..
kalau nak naik taksi, kalau bukan peak hour, korang try la cari teksi dari company Bluebird.
Sebab company Bluebird ni je lah satu-satunya company yang pakai meter untuk tambang.

Tapi kalau peak hour, rugi la korang naik bluebird sebab jem, meter jalan jugak hahaha

Kalau peak hour, korang leh je naik memana teksi, tapi korang kene tawar harga sebelum naik!!!!!!!
ok ni tips untuk korang nego harga.
Biasanya kalau korang nak pegi memana area FO eg Dago, Sukajadi, Cihampelas etc tu, biasanya teksi biasa ni memang akan cekik kroang!
dorang akan letak antara rp30k-40k!!

So sebelum korang naik tu, korang nego cakap nak dalam rp10k-15k je..
camna aku dapat range harga ni? sebab aku compare ngn Bluebird punya meter time off peak.. time jalan tak jem huhuuh

kalau teksi tu takmo jugak, ko up la sikit rp20k-25k... insyaallah dorang akan terima jugak.. maksima is 25k la.. kalau dorang nak jugak tinggi, rugi gak

kalau still takmo terima, aaahhhhhhhhhhhhh! cari aje teksi lain.. berlambak teksi.. senang je.. itu lah yang weols amalkan..
tapi muka kene kasi garang lah hahaha

PS - "Ke Jl Dago Pak! 15000 aja" sambil muka sebengis mungkin walau aku tau muka aku dah azali comel je kan? hahahah
Teksi - "enggak bisa pak. 25000"
PS "ok, 20000 aja. Mau enggak??" muka lebih bengis dari tadi.....................
Teksi "ok pak.. silahkan naik"

heheheheheeh


gini lah keadaan teksi Bluebird.
Dorang ikut meter.. so kalau jem, mahal lah sikit

Kitorang kene caj rp10k sahaja untuk sampai ke Pasar Baru dari Jl Riau tu ikut meter ;)
kalau naik angkot, sorang dalam 2k-3k untuk 1 angkot.. kene tukar angkot 2 kali.. so total dalam rp12k gak.. huhuuh so untung lagi naik cab ehehehhee

kira ye jangan tak kira! maksimakan cash untuk shopping kelak!
;)


Suasana di luar jalan di Pasar Baru.
Masih dikira tidak sibuk lagi ni.
jam time ni leih kurang pukul 930am gitu


ok, cuba korang carik mana kah dia Masviona kita dalam gambar tu..
ada kat celah sana... ;)


tak nampak?
ekekke. ok ok gambar yang atas ni clear sikit..
gambar tadi ada kereta plak lalu huhuuh



Kebanyakan kedai di Pasar Baru ni akan beroperasi dari jam 9-930am.
So kitoang sampai situ, banyak kedai yang baru nak buka and ada yang masih belum buka..

takpe takpe.. pasar baru ni besar!
ada lebih 5 tingkat kot? aku pun tak sure

tapi setiap tingkat ada specialisation dia
ada tingkat yang jual baju, ada level jual kain, ada level jual peralatan sembahyang, umrah dan haji gitu.

Untung bila datang awal camni.. senang nak tawar.. diorang semua sibuk suruh beli jugak
"Ibu, tawar saja bu, saya kasi harga pecah telur!"

hahaha..

ayat glamer untuk kitorang pagi tu "Pecah telur!"
ekekkekeke
Memana pergi semua kedai kata nak bagi harga pecah telur..
hai pecah telur pecah telur..



Viona kita ni dah terpikat sama baju swimming muslimah.
Rasanya sebelum tawar pun dah murah compare malaysia ;)
Kalau pandai tawar sampai menangis orang kedai tu, sure lagi murah!
Dan iye, pengalaman kitorang shopping di beijing dulu mengajar weols untuk menjadi negotiator harga yang tegas, berani dan boleh buat tokey kedai itu menangis hahah
ala.. prinsip kita senang je, kalau harga tu rendah sangat, kita try je mintak. kalau tokey tu berkeras takmo bagi maybe tu maknanya dia takde untung la kan? so kita up la sikit lepas tu ;)



koleksi baju kemeja batik sini pun cantik-cantik juga.
dari yang murah dalam rm20 sehelai sampai yang mahal rm200-300 sehelai pun ada.
Semua bergantung pada jenis kain.


sementara viona sibuk menawar harga, aku pulak sbuk melayan budak ni. Anak tokey kedai tu gamaknya.
sebenarnya dok teringat n rindu sama avin damia :(

Budak ni plak shy shy cat gitu tengok aku dengan kamera besar aku.
kat bandung ni aku tak pakai battery grip time nak shopping camni, saje je nak kasi ringan sikit.. maklum lah aku dah prepare untuk maksima kan tenaga aku untuk mengangkut barangan belian nanti ehhehehe

Kalau korang cari pakaian muslimah, blouse, tudung, kain sembahyang, sejadah, kain ela dan yang seangkatan dengannya, maka di pasar baru lah tempatnya!
Nah korang tengok lah antara yang aku berjaya snap sebelum tangan aku naik lenguh nak bawak barang-barang hasil belian di sana hehehe -



"emmmm.. kalau aku nak borong 1 kedai ni terus ok tak? banyak sangat ni yang cantik cantik" mungkin itu yang sedang masviona pikirkan? hahahaha

"saya mau yang itu, itu, itu dan itu ya buk! tapi harga nya saya mau harga paling murah sehingga ibuk akan menangis nanti ya buk!" hahahha





memandangkan avn tak lama lagi dah nak mula masuk kindergarten, so weols ingat nak try la usya bag kat sini.. but unfortunately, bagi weols, bag-bag macam ni agak mahal lah kat Pasar Baru ni. Baik beli kat malaysia.





aaduuhhh capek sekali yacchhh.. kita minum duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

tapi kan, kat dalam pasar baru ni kan, sebenarnya weols rasa a bit annoyed dengan para penjual air and souvenir dorang.

Terlalu ramai yang jenis jual air. Dorang bubuh air dalam tong/kotak yang ada roda tu, dan pergi ke setiap pengunjung situ and tanya kita nak air ke tak..
bila kita kata taknak, dia tanya lagi.. dan lagi dan lagi..

Kajian aku cehh siap kajian lagi setiap penjual air dan souvenir ni akan tanya kita paling kurang 4 kali setiap kali terjumpa dan purata setiap kali tu adalah selama 3 minit!
bila dia dah blah, and kita pun pergi tempat lain, kita serempak lagi ngn geng dia.. hah.. bermula lagi lah sesi soal jawap and dorang tunggu la kat ko dalam 3 minit lagi!! aarrghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. sedikit terganggu lah jugak.. dorang dah la ramai.. jalan depan sikit ada lagi geng dorang.. 3 minit lah lagi dan sesi soal jawap.

kekekeke



tapi kan, ada satu gerai ni yang jual baju tshirt bercorak bandung gitu..
kain dia amat berkualiti lah!
harga ok juga.. tak mahal tak murah lah untuk kain kualiti gitu dalam 40k gitu dia jual..
not bad.


So itulah antara pengalaman weols bershopping di Pasar Baru ni.
Kalau korang biasa shopping di pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, rasanya pengalaman shopping sini tak jauh beza lah dari segi rupa bentuk bangunan dia. Sempit, barangan jualan dorang letak sampai ke laluan untuk pejalan kaki kat koridor.
tapi, harga sini murah la compare malaysia alah.. semua barang kat bandung ni murah dari malaysia lah!
yang penting sebelum korang beli tu korang kene lah tau agak2 berapa harga di malaysia and camna kualiti barang yang ada di malaysia tu..
ada sesetengah nye memang berbaloi dan ada yang lebih baik beli di malaysia je!

dan kalau korang datang ke pasar baru ni, belaja lah buat muka bengis kat penjual air and souvenir tu hahaha..
tapi layanlah dorang dengan elok.. jangan pulak di herdik n tengking dorang tu. memang lah akan rasa annoyed sebab dorang macam tak paham bahasa bila ko kata tak mau kan? tapi kita hormat lah mereka sebab mereka berusaha umtuk mencari rezeki. 

Tolak lah pelawaan mereka secara baik. kalau pun dah rasa annoyed ssgt, just senyum je then wat donno je la kat diorang tu. biarlah dorang tanya berjuta kali n tunggu kat korang. 

Tapi hati-hati dengan bag duit korang ye! kalau boleh letak kat bahagian depan korang... bagi pompuan, jangan ralit shopping sampai lupa barang berharga! bag korang tu slingkan and pusingkan ke depan korang.

sebelum aku tutup entry berkenaan Pasar Baru ni, aku tinggalkan korang dengan gambar tshirt bandung ni..
membawa makna mendalam:-



heheheheheehhe...

ok.. so perjalanan weols teruskan lagi!
kitorang spent masa kat Pasar Baru ni sampai tengah hari je.. tu pun dah letih dah..
boleh dikatakan memang setiap tingkat kitoang terjah ;)

so lepas puas shopping di pasar baru ni, weols terus keluar dan again weols diserbu dan dipujuk oleh penjual souvenir lagi..
kali ni para penjual yang berhimpun kat entrance pulak..
adoii.. sangat tak selesa..
weols nak berpikir and berbincang sesama weols pun tak tenang.. kejap kang "pak pak beli ni" pastu kejap kang 'pak pak ini murah pak" fuuhh tertekan gak beb..

terus weols tahan cab, nego harga and blah!

ke mana?

gi makan lah!

makan apa? di mana?

di situuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu hehehe.. di part 6 - Lunch dan terus bergegas ke pertunjukan Angklung!


eh eh??????? masviona kita ni pandai main angklung???
haa.. tunggu part 6 ye!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD

3 Comments Uols:

CathJ said...

'baju baru dari Bandung'... hihihi... power gak kalau pakai jalan2 kat KL ekk... ^_^

Yus said...

V, u naik cab dari Progo hotel ke Pasar baru berapa cost nya ya? thanks

prebetsabu said...

yus. ni mesti tak baca bebetul entry tu kan? ekekekekeke.. ye la panjang sangat weols bebel dalam tu.. kita dah bgtau:-

Kitorang kene caj rp10k sahaja untuk sampai ke Pasar Baru dari Jl Riau tu ikut meter ;)

tapi itu ikut meter bluebird n trafik tak heavy.. kalau nak nego with teksi lain, dalam rm15k-20k is ok la

Disclaimer

Blog ini adalah sebagai Laman Peribadi.

Dengan melayari blog ini, adalah dengan ini anda bersetuju bahawa pemilik dan penulis blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan dan sebarang isu yang ditimbulkan. Segala isu adalah sebagai pandangan peribadi pemilik dan penulis dan tidak harus dianggap sebagai kenyataan rasmi.

Pihak pemilik dan penulis blog ini juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kerana sudi melayari laman blog ini.

***********************************

You can read my blog as often as you can but please don't simply try to judge me just because you read my blog everyday.....huhuhu. I admit i'm not a perfect person but i've my own personality.

I know i write about my life, my family, my hobby and etc in my blog but still you don't have any reason to judge me because i believe what you read here is just ONLY A LITTLE PIECE part of my life. Please bear in mind just ask yourself who you are to judge the life i live??? Last but not least WELCOME to my blog and may ALLAH bless all of you my blog readers and please do come again. :)

Peace No War dear!!!!